Isnin, 22 Disember 2008

21.12

kolong flat.


hujung minggu, hari untuk keluar.
aku lewat di bawah kolong flat.
kenapa jadi sepi?
kemana budak-budak yang bermain...
bukan ini musim cuti?
mungkin mereka keluar berjalan...

lengang tanpa riuh-rendah.
tiada pekik-pekau atau sorakan,
ketika bermain bola.

sunyi tanpa lagu ciptaan baru.
tiada alunan suara sumbang,
ketika memetik gitar.

aku seperti mereka juga,
zaman kanak-kanak dan remaja.
yang hingar bingar di hujung minggu.
di bawah kolong flat.

Tiada ulasan: