Ahad, 30 November 2008

29.11

aman nyaman


aku pulang dari kerja.
hampir lewat malam.
berjalan di bawah pohon redup.
tidak gelap tidak samar.
memikirkan banyak perkara,
yang telah dapat diselesaikan.
aku menjadi aman dan nyaman.
berjalan santai memikirkan,
hal-hal hari esok pula.

Sabtu, 29 November 2008

28.11

merokok.


nak merokok? silakan...
aku tak kisah pun kalau kau perokok.
tapi jangan lah suka-suka bapa kau,
hembus-hembus ke muka aku.

terima kasih.

Jumaat, 28 November 2008

27.11

menghilang dan mencari.


tak ada bayang seakan hilang,
lama dia menghilang.
digali dan di cari.
bukan aku yang mencari.

tiba-tiba dia muncul.
baru sekarang dia timbul.

aku tak boleh lepaskan.
jangan terlepas.
kasihan pada orangtua-nya
bimbang dia teraniaya.

aku akan atur langkah seterusnya.
biar dia pulang dengan selamatnya.

ke pangkuan orang tua.
ke pangkuan keluarga.

Khamis, 27 November 2008

26.11

berbagi masa...


serentak mereka datang.

aku harus berbagi masa.

teman-temanku.
pujaanku.
sayangku.

tunggu tanggal empat disember nanti.

Rabu, 26 November 2008

25.11

nenek pesan beli roti...


nenek pesan beli roti,
aku pesan teman belikan nanti.

teman datang bawakan,
tapi tak mahu terima bayaran.

nenek kata berapa harga roti,
aku kata teman yang beri.

nenek tanya tak menyusahkan teman,
aku kata teman dah sediakan.

nenek kata hati-hati.
aku kata harap tak terjadi.

tapi masin mulut nenek...
macam dah tahu aja nenek...

nenek pesan lain kali,
beli roti sendiri.

Selasa, 25 November 2008

24.11

paip tembakau India.


S: cantik paip tembakau India tu...
C: memang cantik.
S: beli kat mana?
C: beli? mana beli..
S: habis tu..
C: ambil aja, tadi.
S: mak oii.. takutnya.. sempat ya?
C: cantik kan?
S: iya...lah tu. cantik sangat barang dan kelakuan.

Isnin, 24 November 2008

23.11

pagi hari tadi.


pagi hari tadi ada janji.
kami hendak pergi sarapan pagi.

teman-teman belum muncul.
jangan sampai tak timbul.

aku tunggu di pinggir jalan.
sementara teman habiskan kerjaan.

tak kira, pakai kasut atau selipar,
cepat-cepat jalan, aku dah lapar.

pagi hari tadi,
teman tunaikan janji.

Ahad, 23 November 2008

22.11

ku tinggalkan tidur...


dari perbaringan, aku tinggalkan tidur.
melakukan sesuatu hanya untuk dia.
aku cuba melupakan lelah ku, penatku.
lebih baik sekarang sebelum aku lena
dan bimbang terlajak batas waktu.
aku tahu dia perlu.

semua kerna untuk dia.
mungkinkah dia peduli semua ini?

Sabtu, 22 November 2008

21.11

jalan.


"hidup jalan terus"

mahu tak mahu,
harus kami jalani hidup ini.
perjalanan ini masih panjang aku rasa.

aku tak bisa menyesal.
aku tak boleh kesal.

TUHAN berikan aku kekuatan.
kerna semua ini dengan izinMu TUHAN.

Jumaat, 21 November 2008

20.11

kamar ini.


di sini di kamar ini,
menjadi saksi.
di dalam tembok batu,
sebahagian kayu.

aku pernah ketawa dan marah,
aku merasa biasa dan lumrah.

dasarnya sama,
sebenarnya itu cinta.

Khamis, 20 November 2008

19.11

ku turut...


malam kini dia lapar,
ku turut mahunya.
malam hari kami keluar,
ku turut hendaknya.

apa yang daya,
ku turut jua.

Rabu, 19 November 2008

18.11

nasib.


lebih baik jangan ku tahu.
untung sabut, timbul.
untung batu, tenggelam.

nasib itu kententuanNya.

Selasa, 18 November 2008

17.11

kasut.



kawan-kawan, untuk malam ini,
boleh nampak dia pakai kasut ini.

tetapi oleh kerana kemarin dia buat angkara.
esok lusa dia akan pergi buat sementara.

kami harap dia akan tabah,
dan belajar dari silap dan salah.

harap-harap dia akan bersama kami lagi,
datang pakai kasut ini.

Isnin, 17 November 2008

16.11

hantar pulang.



terimakasih 'Pak Baker'.
sudi hantar saya pulang pagi hari.
bukan itu sahaja,
juga buat kemurahan hati awak.

terima kasih daun keladi...

Ahad, 16 November 2008

15.11

lintas


dari hujung sini untuk ke hujung sana.
nampak mudah sangat.
kaki aku sakit, lutut aku bengkak.
bercinta nak lintas lalu.

mudahan aku dapat sembuh cepat.

insya'Allah...

Sabtu, 15 November 2008

14.11

celik mata...


aku lagi tidur.
telefon bimbit berdering.
aku celik mata.
cuba jawab panggilan.
kawanku yang telefon.
dia bertanya hal.
dia hendak kahwin.
dengan buah hati.
aku beri jawapan.
yang aku tahu.
dia sudah maklum.
jawapan yang diberi.

celik mata aku.
tak dapat tidur.
aku jadi tergelak.
kawanku hendak kahwin.
celik mata aku.
tak boleh tidur.
aku jadi fikiran.
kenapa terburu sangat?
celik mata aku...

Jumaat, 14 November 2008

13.11

surat.


kami terima surat,
tapi orangnya...

beralamat sini, tinggalnya disana.

aku pula beralamat disana,
seringnya disini.

Khamis, 13 November 2008

12.11

pagar.


pagar nafsu-mu,
agar iman-mu tak melompat keluar

Rabu, 12 November 2008

11.11

cahaya Natal...


lampu-lampu sudah siap dipasang,
Orchard Road mula bergemerlapan.
menandakan tak lama lagi,
banyak yang akan berbelanja hujung tahun.

itu menandakan Natal akan tiba.

Selasa, 11 November 2008

10.11

bumiku basah.


bumiku basah, ditimpa hujan.
terimakasih Tuhan, kau redakan panasnya bumi.

Isnin, 10 November 2008

09.11

beras ke nasi...


kawan aku cerewet memilih beras,
katanya...

harus harum & harus bersih...
harus putih & harus gebu...

pernah dia lihat seorang budak kebuluran di negara jiran?
aku rasa tidak.

memadai dengan apa yang kita mampu,
walaupun kita mampu.

yang baik adalah bernafsu berserdehana.
beras ke nasi...

tetap

kemulut dan ke jamban.

Ahad, 9 November 2008

08.11

bukan pesta...


sekadar berkumpul"happy-happy"...

tahniah temanku Razak & Harry,
6 tahun jangka masa yang agak lama dan panjang.

mudahan banyak lagi tahun-tahun yang mendatang.

Sabtu, 8 November 2008

07.11

nak mampus?


sekali baca, macam nak tempah kematian.
apa dah nak mampus?

Jumaat, 7 November 2008

06.11

dia akan baik-baik sahaja...


berita yang kami terima agak mengejutkan.
teman kerja yang paling baik hati, Mark.
disahkan menanggung sakit, ginjalnya kedua-duanya rosak.

sedih dan aku berharap dia akan baik-baik sahaja.

tabah hanya yang mampu aku ungkapkan agar dia cekal.

Khamis, 6 November 2008

05.11

jatuh atas meja.


daun kering jatuh atas meja.
kenapa bukan duit yang dibuang dari langit.

Rabu, 5 November 2008

04.11

selamat ulangtahun kawan-kawan.


selamat ulangtahun kawan-kawan yang lahir di bulan November.

Tom Diva,
Pia Hot Momma,
Mummy Monroe,
Anggit Pamungkas,
Alicia Sales,
Thasa
& Shah Kanda.

Selasa, 4 November 2008

03.11

pagi tadi...


pagi tadi,
kami masih sarapan bersama.
30hari kami telah bersama.

keberduaan.

aku ambil peluang untuk kenali dia,
dengan lebih baik lagi.
harganya? marah-marah sayang.

kebersamaan.

aku lakukan yang terbaik dan merasa dia juga.
tapi ada juga kisah yang khilaf, jangan bertanya salah siapa.
hanya salah tapi bukan dosa.

keberuntungan.

aku raih kemungkinan,
aku sayang dia.
memang aku cintakan dia.

"aku merasa beruntung bukan kerana aku memiliki dia tapi kerana aku dicintai dia"

Isnin, 3 November 2008

02.11

rama-rama


ingat kamu sudah terikat.
bukan bebas bagai rama-rama,
penyeri taman.

kamu untuk dia.

Ahad, 2 November 2008

01.11

bertunang.


esok kami di undang.
acara majlis pertunangan.

tahniah Raden & June...

Sabtu, 1 November 2008

31.10

terlaksana janji.


aku janji, aku tepati.
andai kecuali, aku mati.