Khamis, 31 Julai 2008

30.07

bebas bukan percuma.


terimakasih Tuhan!

memberi aku kesabaran mencari jalan keluar.
mujur aku tidak terlanjur atau menjebakkan diriku.
kedalam kebingungan pekan lalu.

ia suatu pengalaman yang percuma.
bayarannya lebih mahal dari jalan singkat.
dan kini aku merasa bebas.

Rabu, 30 Julai 2008

29.07

hijau tandanya cemburu..


mereka sering bertengkar dan kemudian bergurau.
perasaan yang berlapis-lapis dan berganti-ganti.
tidak ada yang dibilang sesaat untuk berhenti.
aku tidak hairan. itu yang membuat mereka sepadan.

cemburu yang disimpan dan terbuka.
menjadi alas untuk mereka kembali mesra.

mereka senang. aku sebagai teman ikut senang.

Selasa, 29 Julai 2008

28.07

perjalanan baru.


aku ingin berkata,
tapi aku tak boleh bercakap.
aku hendak bercerita,
tapi aku tak dibenarkan membuka rahsia.

Isnin, 28 Julai 2008

27.07

lurus bendul.


ramai setuju.
untuk aku dia yang baik hati.
kalau semua macam dia. aman.

Ahad, 27 Julai 2008

26.07

aku terima pesanan dari mama maria.


ingin pergi atau tidak?
hendak hadir atau tidak?

seharusnya aku,
kerna masih terikat pertalian darah.

dia adik, aku abang. tersurat.
tapi kenapa ada waktu aku terpinggir?

tak boleh berdendam. betul tidak.
pesan almarhum emak begitu juga.

mudah-mudahan hati aku terbuka.
mudah-mudahan.

Sabtu, 26 Julai 2008

25.07

bentuk.


macam-macam hal dalam macam-macam bentuk.

pagi. ada kecelakaan. mujur dia baik-baik aja.
siang. ada hal. mujur dia undurkan waktu.
malam. ada janji. mujur ia membuat aku rasa senang sedikit.

Jumaat, 25 Julai 2008

24.07

macam budak kecil.


dia suruh aku beli.
aku rasa belum perlu.
dia hebohkan.

"katanya kalau semut berjalan pun dah sampai Watsons"

macam budak-budak perangai dia.
suruhlah semut tu beli.

Khamis, 24 Julai 2008

23.07

jimat.


dari sekotak rokok ke sebungkus tembakau.
berjimat katanya.

tapi aku rasa kesihatan tidak ada penjimatan.
yang wajib adalah pencegahan.

Rabu, 23 Julai 2008

22.07

ada pencinta.


beri coklat buat penyenang hati.
mesti gembira si penerima.

Selasa, 22 Julai 2008

21.07

tanggal pula.


cantik manik-manik dibaju, tanggal pula.
cantik manis wajah kamu, setengah gila pula.

kasihan kekasih awak.

Isnin, 21 Julai 2008

20.07

ada yang baru lagi.


kali ini dari India.
harum dan berlainan.
suka.

Ahad, 20 Julai 2008

19.07

oleh-oleh dari Hadyai.


terima kasih Mimi Chinta.
saya suka pemberian awak.

Sabtu, 19 Julai 2008

18.07

hari temu janji.


aku janji nak jumpa dia setelah dia potong rambut.
mudahan keinginan aku tercapai.

Jumaat, 18 Julai 2008

17.07

perbaiki.


ada banyak hal yang harus aku perbaiki.
terlalu banyak kekurangan saat ini.

sabar dulu, hanya itu yang aku boleh luahkan.

Khamis, 17 Julai 2008

16.07

jahanam.


rosak harta benda.
jahanam betul si pelaku.

Rabu, 16 Julai 2008

15.07

berkecamuk.


fikiran hamba saat ini.
berilah hamba kekuatan.

Selasa, 15 Julai 2008

14.07

pudar..


hati aku jadi pudar.
bila kata-katamu mengelar.

aku bukan sengaja.
aku hanya tak bisa bersuara.

Isnin, 14 Julai 2008

13.07

sekeping hati kertas.


sekeping hati kertas yang tertinggal di dalam bas berlari.
mengelilingi jalan-jalan hingar bingar atau senyap sunyi.

menanti di jendela se-akan alpa.
atau pemilik sengaja melupa.
tak ada yang peduli.
aku yang tak sampai hati.

wujud tapi tak bersuara.
tak bernyawa tampak sengsara.
tertinggal atau di tinggalkan-nya.
nasib tiada, telah hilang tuannya.

Ahad, 13 Julai 2008

12.07

bertakuk.


keluar dari mana kebiasaanmu.
hampir gagal masih mau di pertahankan.
lebih baik tak usah.

perubahan itu perlu.

Sabtu, 12 Julai 2008

11.07

tak kira saiz..


mereka tetap kawan aku.
yang kecil, yang sedang, yang besar.
baik tubuh, pangkat atau darjat.

Jumaat, 11 Julai 2008

10.07

barang baru.


terima kasih kawan memperkenalkan barang baru.
saya suka kerna ia lebih bagus.

Khamis, 10 Julai 2008

09.07

terpisah. malam ini, malam terakhir..



Malam Terakhir
Artis: Rhoma Irama
Lagu/Lirik: Rhoma Irama


Malam ini malam terakhir bagi kita
Untuk mencurahkan rasa rindu di dada

Esok aku akan pergi lama kembali
Kuharapkan agar engkau sabar menanti

Esok aku akan pergi lama kembali
Kuharapkan agar engkau sabar menanti

Aku akan sabar menanti kembali
Selamat jalan dan sampai jumpa lagi

Esok kita akan berpisah
Tentu hari-hari kan jadi sunyi

Esok kita akan berpisah
Tentu hari-hari kan jadi sunyi

Semakin lama kita berpisah
Semakin mesra untuk berjumpa

Malam ini malam terakhir bagi kita
Untuk mencurahkan rasa rindu di dada

Kita akan berjumpa di saat bahagia
Di saat malam pesta perkawinan kita

Mengapa... mengapa hatiku berdebar-debar
Seakan-akan ku ragu
Untuk merelakan kepergianmu kasih

Mengapa... mengapa hatiku berkata-kata

**(S&Y: Sabar-sabarlah selalu)

Rabu, 9 Julai 2008

08.07

berita dari Jawa.


sesak sejenak mendengar tangisannya.
dia mengalami kecelakaan kecil,
cukup untuk membuat deras jantungku.

syukur dia masih baik-baik.
walaupun ada barang yang tidak bernasib baik.

tapi dia lebih penting buat aku. aku sayang dia.
dan aku rindu dia, sangat-sangat.

Selasa, 8 Julai 2008

07.07

sebulat suara..


kenyataan yang tak boleh dinafikan.
mereka pasangan yang paling serasi.
kami sebulat suara bersetuju,
walaupun sebenarnya berbeza pendapat dengan keadaannya.

Dadima & Dadaji

Isnin, 7 Julai 2008

06.07

semacam kenal..


tapi ini bukan 'Hello Kitty'

Ahad, 6 Julai 2008

05.07

banyak pilihan.


aku tak punya sebab untuk jelaskan apa yang aku pilih.
apa dan mengapa.

suka hati aku lah, sibuk sangat kau tu..

Sabtu, 5 Julai 2008

04.07

bunga kaca 'porcelain'


untung aku tak terpijak, kala kaki aku sakit.
kalau tak salah itu bunga telur perkahwinan si dia tu.
baru disahkan bercerai kemarin.

secara kebetulan ke tanda-tanda ini semua?

Jumaat, 4 Julai 2008

03.07

cantiknya kain sari awak..


kita cakap kain,
bukan kita cakap awak cantik.
jangan salah faham.

Khamis, 3 Julai 2008

02.07

riang semasa kanak-kanak.


aku pula selalu keriangan bagai kanak-kanak,
walaupun umur sudah dewasa.

bukankah kita harus selalu gembira?

Rabu, 2 Julai 2008

01.07

Coca Cola dari mana?

kata kawan-kawan Coca Cola yang satu ini tak sedap, rasannya beza.

aku tak pedulilah.
aku lebih suka Pepsi.

30.06

kalau ada sumur di ladang..


terima kasih dapat menumpang mandi.
terima kasih dapat menumpang tidur.
terima kasih dapat menumpang kereta.

terima kasih sangat-sangat "Abang Long".