Selasa, 31 Mac 2009

30.03

16 minit lagi

16 minit lagi... jam 9 pagi.

aku,
seharusnya sudah berada di rumah.

tetapi 1 jam 44 minit
aku selesaikan hutang kerja.

setidaknya,
aku sudah tidak terbeban.

Isnin, 30 Mac 2009

29.03

dompet aku.


dompet aku, punya aku.
apa isinya, milik aku.
apa didalamnya, hak aku.

tidak aku amanahkan apa-apa,
untuk sesiapa mengambilnya.
terlalu peribadi.

inikan pula kandungannya di-curi.
pinjam tanpa izin, tetap mencuri.
malu... saudara sendiri menjadi pencuri.

Ahad, 29 Mac 2009

28.03

satu jam


satu jam untuk bumi...
waktu yang masih terlalu singkat.

empat jam aku berikan...
masih terasa terlalu singkat.

aku gembira ikut turut serta
tunjuk-kan peduli mu.

tahun depan teman-teman?

Sabtu, 28 Mac 2009

27.03

malam hujan...


malam hujan renyai-renyai,
berpayung sendiri, berjalan kaki.
malam hujan renyai-renyai
menuju destinasi, kawan menanti.
malam hujan renyai-renyai,
rindu teman-teman, berkumpul kawan-kawan.

walau malam itu hujan renyai-renyai.

Jumaat, 27 Mac 2009

26.03

isinya


peti ukiran kayu
lama ianya di situ
apa isinya aku tak tahu
tak terbuka dari dulu

hati bisa menjadi sayu
lama kenal tetap begitu
apa isi hatiku kau tak tahu
tak pernah peduli dari dulu.

Khamis, 26 Mac 2009

25.03

buntu...


fikiran ini bukannya mendak...
tidak pula tersekat,

buntu? tidak juga.
apa yang ada di akal tidak mengalir,
menjadi tulisan.

tenang, tarik nafas...
sekali lagi, dengan Bismillah...

Rabu, 25 Mac 2009

24.03

berhati-hati...


apapun harus berhati-hati.
sering aku bilang.
sering aku ingatkan.

selagi aku bisa dan terdaya.
aku akan bilang.
aku akan ingatkan.

jangan kau menangis kemudian.
tak mahu kau menangis kemudian.

Selasa, 24 Mac 2009

23.03

istimewa bunga/pemberian

apa yang istimewa?

bunga itu?
atau pemberian itu?

aku kurang faham...
tanpa tujuan dan niat,
kamu semua gembira menerima.

apa yang istimewa?

bunga mawar itu yang tidak punya tujuan.
atau,
pemberian yang tidak hadir bersama niat.

aku hanya bisa tersenyum...

Isnin, 23 Mac 2009

22.03

'pengotor'


maaf,
saya benar-benar berharap
anda akan cuci tangan anda
selepas menggunakan tandas.

di-atas sebab-sebab:
- untuk menjaga kebersihan anda sendiri.
- kebersihan itu adalah wajib dan tanggung jawab anda.
- saya sering makan di restoran anda.
- anda menangani makanan yang bakal anda hidang.

kecuali kalau anda memang dasar 'pengotor'
yang tak memperdulikan orang lain.

saya adalah pelanggan anda
dan saya amat kesal dengan sikap anda.

Ahad, 22 Mac 2009

21.03

'e THIRTY THREE'


3 botol 'e THIRTY THREE'

1: untuk yang baru putus cinta, melupakan stress katanya.
- besok bagaimana?

2: untuk yang baru pulang kerja, lelah katanya.
- tapi kenapa sampai tertidur?

3: untuk yang takda agenda, suka-suka katanya.
- nasib baik aku tak malukan diri. 'happy-happy"

Sabtu, 21 Mac 2009

20.03

naik turun...


ekonomi naik...
suka belanja.

ekonomi turun...
pun tetap nak belanja.

sah, sah memang suka buang duit.
sah, sah memang tak suka simpan duit.

Jumaat, 20 Mac 2009

19.03

sekumtum mawar merah


Sekuntum mawar merah
Yang kauberikan kepadaku
Di malam itu
‘Ku mengerti apa maksudmu
Sampai kini kusimpan
Bunga pemberian darimu
Bila kulihat
‘Ku terkenang pada dirimu
La-la-la... la... la... hm-hm... ooo...
Bunga mawar merah
suatu tanda cinta
Yang berarti bahwa kau
cinta padaku
Dengan senang hati
kuterima cintamu
Karena aku juga cinta kepadamu
Oh bahagia, dua hati telah berpadu

Lagu Nyanyian: Lata Mangeshkar

Khamis, 19 Mac 2009

18.03

liar...


dulu kamu liar di hutan.
sekarang menjadi kebangaan,
malah disanjung...
menjadi hiasan kota.

Rabu, 18 Mac 2009

17.03

di bawah lampu...


di-bawah lampu ini.
terikat satu janji,
sehidup semati.

tahniah Carole & Sunil...

Selasa, 17 Mac 2009

16.03

mengalir...


persahabatan yang terjalin,
mengalir ke lautan kegembiraan.

tapi aku bukan
hanya untuk itu,
sedih duka atau pilu.
bawa aku bersama,
pimpin bila perlu,
bimbing jika kau tahu.

terimakasih teman-teman.

Isnin, 16 Mac 2009

15.03

Mosaic Music Festival


Mosaic Music Festival
telah hadir.

terasa seronok (sebab),
ada Mocca & Yuna.
lebih seronok (kerana),
ada Donna & Raja.

Ahad, 15 Mac 2009

14.03

bertemu seseorang...


tak sabar untuk bertemu seseorang...
bukan seorang, tapi tiga teman.
tambah yang satu bonus namanya Adam.

Sabtu, 14 Mac 2009

13.03

belajar


dihantar untuk belajar, aku turut.

pengajar sedikit kurang mengajar.
terasa dia ada sedikit kurang ajar.

atau memang dia dasar pembangkang?

Jumaat, 13 Mac 2009

12.03

tak perlu


Cinta-ku tak perlu pertunjukan sarkis,
kerana... aku bukan badutnya

Khamis, 12 Mac 2009

11.03

mabuhay


teringat teman-teman Filipina yang jauh.
Mabuhay! apa khabar mereka agaknya?

khabarnya...
yang satu dah berkahwin,
yang satu menjadi guru,
yang satu mendapat pasangan baru,
yang satu baru memulakan kerja baru.

Rabu, 11 Mac 2009

10.03

sekumtum bunga...


bukan asli tidak palsu,
buat teman yang berlara hati.
sekumtum bunga dari kertas tisu.
niatku biar kamu senang
dan berharap kamu tersenyum.

(dan ku lihat kau senang)

Selasa, 10 Mac 2009

09.03

9.3.09



hanya hari-hari biasa?
kata siapa?
engkau, aku atau dia?

hari yang sangat besar ertinya...
memperingati hari kelahiran,
Nabi junjungan Muhammad S.A.W

Salam Maulidur Rasul

Isnin, 9 Mac 2009

08.03

tanda


bila aku ber-malam di-sana
setiap kali terjaga
dan aku buka mata
aku berharap
bisa lebih lama disini
menambah mesra

setiap kali aku datang
tak perlu pulang
tapi aku tak bisa
yang ada hanya
kesan-kesan
yang meninggal-kan tanda.

kesan kasih sayang,
untuk tanda cinta

Ahad, 8 Mac 2009

07.03

seluar dalam


kata laluan itu
ibarat seluar dalam.
harus sering di ganti,
hanya untuk diri sendiri.
tidak bisa di kongsi,
ianya terlalu peribadi.
apapun warna dan coraknya
yang kita pakai,
hanya kita sendiri yang tahu.

**dan yang penting jangan lupa di-cuci.

Sabtu, 7 Mac 2009

06.03

15 tahun.


trajedi 06.03.94 - 15 tahun lalu
kehilangan yang tak pernah aku jangka-kan.
kehilangan yang membuat aku akur dan redha.

***Al-Fateha***
Allahyarhamah Jaliah Bte Mohamed

ibunda tercinta,
A Theosofie A Mashon Hj Ishak
M Jerry Luis Uneputty Ilias Abdullah

Jumaat, 6 Mac 2009

05.03

TV baru...


nenek ganti TV baru...
Samsung Series 4 - 32"

nenek suka,
kami senang.

Khamis, 5 Mac 2009

04.03

sengkek


lokek atau sengkek.
sepertinya sama.

sudah murah, mahunya percuma.

"nothing is for free"

Rabu, 4 Mac 2009

03.03

silau


silau dari sikap kamu yang sangat jelek.
lebih baik jika ia kabur,
atau aku lebih rela buta.

Selasa, 3 Mac 2009

02.03

lurus...


jalan yang lurus itu memang banyak,
tapi aku pilih yang sebaliknya.

biar tak bosan,
biar tak kusam.

yang penting,
aku tak mahu sakitkan hati
dan jujur, aku ikhlas.

daripada aku ikut jalan lurus,
menyiksa hati sendiri
dan orang lain.

Isnin, 2 Mac 2009

01.03

aku bersujud


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Song by Afgan Syah Reza

Ahad, 1 Mac 2009

28.02

malam yang baru


aku ingin memulakan sudah lama,

haruskah aku lakukan?
perlu aku mulai dari sekarang.

di malam yang baru ini,
dengan izinMu Ya Allah...