Isnin, 31 Mac 2008

30.03

teringat Thailand.


1996 - mengejar cinta dan cita-cita.

jauh sampai ke seberang aku mengejar pedagang,
dari jauh dia berdagang nasib.

si pedagang yang dikejar datang dari jauh,
untuk berdagang nasib esoknya.

dan tetapi itulah nasib, tak pula menyebelahi cinta kami.
berpisah jua. aku pulang, dia pergi.

Ahad, 30 Mac 2008

29.03

ke arah mana?


yang penting kiblat mu sama.
menuju kebaikan rohani dan jasmani.

jangan sampai sesat.

Sabtu, 29 Mac 2008

28.03

tembok.


jangan kau simpan perasaan mu,
bagai di belakang tembok.

aku tak kuasa bukan aku tak daya.

Jumaat, 28 Mac 2008

27.03

beri laluan.


tolong tepi sikit.
jangan sibuk nak jadi batu penghalang.

Khamis, 27 Mac 2008

26.03

PRADA, MILANO


baca betul-betul. MADE IN CHINA. berani mati - "pichia loh-bang"

mati berdiri Mario Prada.
menangis Miuccia Prada.

Rabu, 26 Mac 2008

25.03

pencakar langit.


di sebelah ada bangunan tinggi dan serba moden mencakar langit.

tapi bisakah menempah sejarah seperti bangunan lama ini.
aku yang sedang berdiri di dalam salah satu kamarnya,
di dalam bangunan lama ini.
aku yang sedang mengintai keluar dari jendelanya,
di dalam bangunan lama ini.

biarlah bangunan di sebelah mencipta sejarahnya sendiri.

24.03

epok-epok.


semacam pembakar semangat.

bukan kerana selera tapi kerana cerita kerja keras di sebaliknya.
itu cerita tentang nenek aku yang gigih berusaha.
buat dan jual epok-epok.

Isnin, 24 Mac 2008

23.02

susun.


ku tulis sususan kata-kata, menyusun maaf.
tak semudah yang ingin aku ungkapkan.
lebih baik aku bicara di depan kamu.

sekarang aku menyusun langkah bertemu kamu.

Ahad, 23 Mac 2008

22.03

perkahwinan


aku belum fikir lagi.
aku belum mahu lagi.
aku belum sedia lagi.

tak kan nak dipaksa.

mati anak orang.

Sabtu, 22 Mac 2008

21.03

berangkat pergi.


tadi dia menangis waktu berangkat pergi.
aku marah kerana terasa jengkel dengan sikapnya.
tapi sebenarnya aku sayang dan prihatin.
dia tahu ke? dia peduli ke?

marah-marah sayang sebenarnya.

Jumaat, 21 Mac 2008

20.03

hari hujan.


tak kisahlah. teruja ada orang jauh datang. berdua.

Khamis, 20 Mac 2008

20.03

Salam Maulidur Rasul





Surah Al-Anbiya ayat 107 bermaksud:

"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

12 Rabiulawal (20 April 571M) - Hari kelahiran Nabi junjungan, Nabi Muhammad s.a.w (sallallahu aleihi wassalam)

19.03

jendela.


matamu adalah jendela kepada dunia.
yang di luar atau yang didalam.
lihat dengan baik bukan meneka.
lihat dengan teliti sebelum menilai.

Rabu, 19 Mac 2008

18.03

maaf,


perkhidmatan saya sebagai teman yang mendengar telah selesai.
kini giliran anda untuk mendengar segala nasihat baik saya.

disahkan, selagi tempoh persahabatan masih berlanjutan

Selasa, 18 Mac 2008

17.03

Dettol antiseptik


kuman dan bakteria boleh dibunuh.
tapi kalau hati yang berkuman dengki susah sikit.
itu pucuk pangkal hati sendiri.

16.03

putih








warna yang tak berwarna.
suci. hanya tergores kata-kata bodoh ini.

Ahad, 16 Mac 2008

15.03

jalan keluar.


kamu tidak dapat mencari jalan keluar,
jika pertimbangan tidak masuk diakalmu.

Sabtu, 15 Mac 2008

14.03

langit siang.


yang dilangit.
ada suria. ada cahaya. ada awan. ada biru.
disini aku hanya ada KAMU.

Jumaat, 14 Mac 2008

13.03

terang.



keterangan yang lengkap.
percakapan yang terang dan jelas.
terbuka dan bersikap terus terang.

itu semua boleh bibuat walaupun dalam kegelapan.

Khamis, 13 Mac 2008

12.03

basah.


dimana-mana basah. kerana hujan.
dan dimana-mana ramai juga yang tak mandi pagi ini.
tapi bukan aku.

Rabu, 12 Mac 2008

11.03

Levi's.


kamu ada seluar Levi's?
aku ada tapi Levi's tiruan. beli di Bangkok.
itu sepuluh tahun dulu tapi masih utuh.
sebab dijaga baik.

kamu ada Prada.
ada. jawabnya seperti diatas cuma aku beli kurang lima tahun.

Selasa, 11 Mac 2008

10.03

gembira.


pisang. macam-macam pisang ada.
tak kira pisang apa, selalu buat aku gembira.
itupun kalau dapat dimakan.

monyet.

Isnin, 10 Mac 2008

09.03

susunan.


susun kerusi tu elok-elok. biar tak tumbang.

macam menyusun kata. kalau kurang elok nanti orang jadi bengang.
ada faham?

Ahad, 9 Mac 2008

08.03

Stabilo Liner 808 F


warna biru dan merah.
tak guna kalau pen kamu Mont Blanc.
sekadar untuk hiasan saku baju.
ya, pen aku memang murah.
tetapi aku tak lokek gunakan pen aku.
pen kamu mahal tapi kamu pelokek.

Sabtu, 8 Mac 2008

07.03

ada kerusi kosong.


duduklah. jangan jual mahal.
perjalanan lagi jauh.

Jumaat, 7 Mac 2008

06.03

dulang besi.


macam-macam boleh diletak.
macam-macam boleh diangkat.

tapi dengan aku,
kau jangan cakap macam-macam
dan tak perlu angkat-angkat.
aku dah tahu.

Khamis, 6 Mac 2008

05.03

hidup bawah satu bumbung.


jangan pentingkan diri sendiri.
tunggu apa lagi pergilah bayar bil air dan listrik.
tak tau lagi.

Rabu, 5 Mac 2008

04.03

Star Apple?


apa itu? yang aku ingat kata arwah emak ini buah Sawo Duren.

Sawo Duren adalah nama sejenis buah dari suku sawo-sawoan (Sapotaceae). Buah ini juga dikenal dengan nama Sawo Apel, Sawo Ijo (Jawa.), Sawo Hejo (Sunda.), Sawo Kadu (Banten), dan Kenitu atau Manécu (Jawa Timur).

Dalam pelbagai bahasa asing, buah ini dikenal dengan pelbagai nama seperti Cainito, Caimito, Chicle Durian, Star Apple, Golden Leaf Tree, Abiaba, Pomme de Lait, Estrella, Aguay dan lain-lain. Nama ilmiahnya adalah Chrysophyllum cainito.

Sawo Duren berasal dari dataran rendah Amerika Tengah dan Hindia Barat. Karena manfaatnya, kini sawo duren telah menyebar ke seluruh daerah tropis. Di Asia Tenggara, Sawo Duren banyak ditanam di Filipina, Thailand dan Indocina bagian selatan.

Selasa, 4 Mac 2008

03.03

gantung tak bertali.


azab. lebih teruk dari mati di tali gantung.

Isnin, 3 Mac 2008

02.03

nenas.


bukan nanas. faham? bukan paham.

Ahad, 2 Mac 2008

01.03

seperti sepercik sinaran lilin.


juga seperti sepercik pengertian,
hanya itu yang kau perlukan untuk memahami aku.
aku hanya pencinta yang tak perlu bersuluh dalam terang.

Sabtu, 1 Mac 2008

29.02

tarikh menarik.


29 Februari. 4 tahun sekali.