Selasa, 30 September 2008

29.09

cukur


penat dia cukur bulu kaki.
nak jaga kecantikan katanya.
tapi secantik mana pun dia berusaha...
tetap dia dah terkena dengan si "pisau cukur"
yang dah cabut lari dengan duit yang banyak.
berhati-hati bila bercukur dan si "pisau cukur"

Isnin, 29 September 2008

28.09

stress dan coklat..


makin dia stress,
makin banyak coklat dia makan..
aku jadi stress melihat keadaan,
aku pun ikut makan coklat..

Ahad, 28 September 2008

27.09

akar..


akar kejahatan adalah gejala segala sengketa.

Sabtu, 27 September 2008

26.09

layu sudah.


layu sudah,
kenapa masih disimpan?
buang sudah,
tak guna disimpan!

Jumaat, 26 September 2008

25.09

anak perempuan.


bertambah ahli keluarga kami.
Farhana selamat melahirkan.
anak perempuan.

Khamis, 25 September 2008

24.09

gemar..


aku suka dan gemar duduk di kerusi ini.
hampir 30 tahun menjadi perabot rumah ini.

esok bila aku pulang kerja malam hari,
aku tak dapat bersandar pada kerusi lama ini lagi.

kerusi kayu jati, ia telah berganti.

Rabu, 24 September 2008

23.09

cuci bunga..


bila nenek dah mula cuci bunga,
itu tandanya seminggu lagi raya.

aku belum siap apa-apa,
tapi seperti biasa akan bersederhana.

Selasa, 23 September 2008

22.09

perisa dan perasa tambahan.


pandai engkau menambah cerita,
tentang hal orang lain.
terkena batang hidung sendiri,
engkau melenting kerana terasa.

engkau, apa hal?

maniskan mulut kerana ikhlas,
biar tak pedas telinga terima.

Isnin, 22 September 2008

21.09

hausnya..


penat dan haus.
bukan kerana berjalan sekitar bazaar.
penat kerana melayan karenah kawan,
yang separuh sedar.

tapi kawan punya pasal takpalah.

terima kasih dah belanja minum.

Ahad, 21 September 2008

20.09

litaran di padang.


hangatnya sudah terasa.
bahangnya sudah terkena.

siap untuk F1 Singapura.

kami juga sibuk sakan di buatnya.
kalau ia menjana keuntungan ekonomi negara,
kenapa harus merungut.

selamat datang.

Sabtu, 20 September 2008

19.09

duku itu...


duku? terimakasih Uncle Yak!

Jumaat, 19 September 2008

18.09

akhirnya sampai juga..


ada waktu kemarin aku singgah.
tak sabar dan tak boleh lengah.

suka dengan sekitaran.
tidak boleh dihairan.

cumanya kawan ku tak boleh duduk berkumpul satu,
diluar kedai lepak macam dulu.

Khamis, 18 September 2008

17.09

bilik.


bilik itu sudah siap
bukan baru,
cuma ada pembaharuan.

aku tetap suka dengan rekaan yang lama.

Rabu, 17 September 2008

16.09

Baby menanti.


kesian ku lihat.
kasihan ku rasa.

lama kawanku tunggu,
temannya tak datang.

dah janji berbagai janji.
tak muncul orang menanti.

alasan bermacam alasan.
tak sampai orang dinanti.
sabarlah Baby...

Selasa, 16 September 2008

15.09

duduk di tangga.


penat menunggu.
tuan rumah tak balik-balik.

di ketuk tak buka. di panggil tak jawab.

penat menunggu.
duduk sekejap di anak tangga.

Isnin, 15 September 2008

14.09

rambai.


berlambak-lambak diberi jiran.
makan jangan tak makan.
tapi jangan pula sampai sakit perut.

Ahad, 14 September 2008

13.09

kosong bangku.


mana teman-teman aku yang lain menghilang.
tak mengapa mungkin semua lagi sibuk.

kalau tidak penuh sebangku.

Sabtu, 13 September 2008

12.09

senyumlah sikit.


(foto dari Darlie Toothpaste -Hawley & Hazel)

aku merasa terkilan,
dengan perubahan kawan itu.
berlainan dia sekarang,
aku boleh buat apa?

perhatikan dan lihat saja.

aku kena ingat kan diri aku.
"senyumlah sikit"

Jumaat, 12 September 2008

11.09

menjadi kenangan.


ramai yang akan ingat 11 September. sebuah tragedi.

aku akan ingat hari ini juga,
mungkin kami akan pindah tempat melepak.
aku hanya berharap tempat baru akan lebih seronok.
dan disini akan menjadi kenangan.

Khamis, 11 September 2008

10.09

kabus hati..


kabus hati yang mengaburkan.
telah lama aku tunggu jelasnya.

terang tiba kamu padam. hilang.

aku lega, ku harap bukan sementara.
pergilah selamanya kabus hati..

Rabu, 10 September 2008

09.09

undangan..


aku terima undangan acara ulangtahun..
tapi kenapa diraikan sehari lebih cepat?

pandai-pandai diubah tarikhnya.
nanti aku datang selepas kerja.

Selasa, 9 September 2008

08.09

sudah lama.


agak lama aku tak balik ke sini.
semuanya sudah berubah.

sudah lama aku tak datang ke sini.
semuanya sudah berbeza.

tapi tuan rumah tetap mesra.

Isnin, 8 September 2008

07.09

perhatian.


berhati-hati dengan kata.
jangan tercipta dusta.

berhati-hati dengan ragam.
jangan terjadi muram.

berhati-hati dan tolong ingat,
saya hanya perlu lebih sedikit perhatian dari kamu.

Ahad, 7 September 2008

06.09

menyerah.


kurang seminggu berpuasa.
tak kan menyerah?
jangan menyerah teman.

sebaik-baiknya penyerahan, adalah untuk jalan Tuhan.

Sabtu, 6 September 2008

05.09

tempias cahaya..


tempias cahaya di pepohon..
tidak terang bukan gelap.

bagai aku di tempias rindu.
tidak peduli bukan benci.

Jumaat, 5 September 2008

04.09

nombor.


aku tak tukar telefon bimbit.
aku tak tukar nombor telefon bimbit.

aku hanya tambah telefon bimbit.
dan..
ada nombor telefon bimbit yang baru.

Khamis, 4 September 2008

03.09

melepak, bangku biru.


kami lepak bawah kolong, di bangku batu biru.
bukan nak buat kacau.
kami lepak bawah kolong. di bangku batu biru.
melayan teman dekat, kawan jauh.
kami lepak bawah kolong. di bangku batu biru.
jadi saksi ada orang bercinta.

eh.. mereka dah bercinta pula.

Rabu, 3 September 2008

02.09

tiba-tiba hujan..


mendung tak tertahan mencurahkan titisan hujan.
rindu ku dari semalam tak terbendung tiba-tiba.
aku rindu pada dia, setelah kemelut amarah ku reda.

salah aku juga.
terlalu inginkan perhatian.

Selasa, 2 September 2008

01.09

3tahun.


3 tahun kami lewati.
sejiwa sehati.
mudahan akan lebih lagi.

cinta, kasih dan sayang belum pasti mencukupi,
tanpa pengertian yang sejati.

..donut&sosej..

Isnin, 1 September 2008

31.08

Malaysia Merdeka!


Pemasyhuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.