Ahad, 31 Ogos 2008

30.08

keruh.


keruh pasti bisa bening atau jernih.
apapun ku nanti kesannya.

Sabtu, 30 Ogos 2008

29.08

'Cintapuccino'


aku rasa, hari ini hari paling membosankan.
tapi untung ada VCD Cintapuccino.
terhibur sikit.

Jumaat, 29 Ogos 2008

28.08

hubung.


kadang-kadang susah hendak menghubunginya.
susah kerana dia punya satu telefon bimbit
dan punya tiga nombor.

pening jadinya.

Khamis, 28 Ogos 2008

27.08

pemandu.


aku hormat dia sebagai kawan.
kami hormat dia sebagai kawan.

jangan anggap dia hanya seorang pemandu.
dia kawan kami dan kamu perlu hormat dia.

hormat kerana dia juga manusia dan punya maruah.
kami juga manusia dan punya maruah.

terima kasih 'Abang Long'.

Rabu, 27 Ogos 2008

26.08

lewat malam.


sepi lengang.
aku rindu kawan-kawan.

jom keluar!

Selasa, 26 Ogos 2008

25.08

lukis.


(Farisha - 24Aug2008)

atas permintaan kawan.
aku lukiskan bukan di kertas.
boleh terima atau tidak?
lukisan dan tulisan seni di kulit.

aku senang kawanku suka.

Isnin, 25 Ogos 2008

24.08

bukan dia.


bukan dia puncanya.
bukan dia penyebabnya.

bukan dia.
bukan aku juga.

pernah lihat ke dalam diri kamu sendiri?

Ahad, 24 Ogos 2008

23.08

Tam Dao


3 pulau.
anak Pulau Batam.
anak Pulau Singapura.
belum tandus biar perasaan terpulau.

Sabtu, 23 Ogos 2008

22.08

retak bayangku..


bayangku di tembok retak.
bukan hatiku yang derai berpetak.
bayangku terkejut digertak.
bukan jiwaku tak pandai mengikut rentak.
bayangku kaku disapa tersentak.
bukan nak tunjuk warna membentak.

Jumaat, 22 Ogos 2008

21.08

masih lagi...


aku pertahankan jua,
kenapa masih ditanya?
aku ketepikan juga,
kenapa masih ditanya?

mana hilang pengertianmu?
masih kamu belum tahu keringat dan darahku.

aku bukan bersenang-lenang.

20.08

semak bukan belukar.


di kepala ada semak.
bersarang tak ditebas.
bukan belukar yang becek.
basah dan lembek.

beri aku ruang sedikit.
beri aku waktu sedikit.

19.08

ciptaanNYA.


alam semesta dan isinya dijadikan dengan izinNYA.

yang kukuh bisa roboh.
yang kuat bisa rapuh.

Selasa, 19 Ogos 2008

18.08

mengalir.


mengalir rasa rindu ku, kamu tak tahu.
ingat, bukan kamu seorang yang merindu.

mengalir perasaan sayang ku, kamu tak tahu.
ingat, bukan kamu seorang yang menyayangi.

kapan perasaan ini bisa mengalir sehati?

Isnin, 18 Ogos 2008

17.08

Dirgahayu Indonesia ke 63


Selamat Ulang Tahun buat Bangsa Indonesia.

"kalau almarhum emak lagi hidup,
kami akan raikan juga ulangtahun emak.
Al-Fateha... Amin x3"

Ahad, 17 Ogos 2008

16.08

berlapik.


masalah datang berlapik.
bertimpa antara satu dan lain.

empat masalah yang aku hadapi,
antara tiganya sudah aku selesaikan.
kini tinggal yang terakhir,
mudah-mudahan ia akan dapat cepat selesai.

Insya'Allah...

Sabtu, 16 Ogos 2008

15.08

kesinambungan.


sekarang aku akan fokus selebihnya pada keluarga.
kesihatan akhir-akhir ini membuat aku sedikit bimbang.
banyak mengelamun dan berkhayal., jangan salahkan ubat.
kerja tidaklah seteruk mana tapi kadang-kadang hasil kesannya,
aku sendiri kurang puas hati. apa nak jadi?

yes! life goes on.. but i do not want to be alone anymore.
it's not about the love story..

kesinambungan kehidupan dan nadinya akan berjalan terus.
aku tekad, bukan hanya untuk hari ini.

Jumaat, 15 Ogos 2008

14.08

selesa.


bukan benar sepasang tapi aku rasa serasi.
aku tidak boleh menbandingkan,
tetapi perbezaan tampak ketara.
aku selesa.

Khamis, 14 Ogos 2008

13.08

Kek Keju.



sudah lama tak makan 'Cheese Cake' yang enak.
esok nak pergi carilah.

Rabu, 13 Ogos 2008

12.08

pilihan.


aku ada banyak pilihan saat ini.
tapi aku harus hati-hati.

harus atau tidak membuat pilihan itu cerita lain.

aku tak mahu membandingkan,
semua ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Selasa, 12 Ogos 2008

11.08

ada yang tertinggal.


perasaan yang kian mereda.
mana apinya?
kalut yang nyata.
apa puncanya?

apa cerita sebenar.
antara yang sukar ditukar,
dan susah di asah.

aku sayang semua.

Isnin, 11 Ogos 2008

10.08

selamat ulangtahun untuk semua.


Addy (umur 38) 07.08
Singapura (umur 43) 08.08
Carole (umur 34) 09.08
Bunty (umur 21) 10.08
Lyra (umur 26) 10.08

Ahad, 10 Ogos 2008

09.08

9:08 PM


Selamat Ulang Tahun ke-43 Singapura-ku!

Sabtu, 9 Ogos 2008

08.08

istimewa katanya.


di tempat kerja ada acara sembahyang hantu.
pembukaan Sukan Olimpik di Beijing, China.
hari loteri, tiket Toto. kalau menang dapat 8 juta dolar.

di mana-mana ramai yang menikah dan bersanding,
termasuk adik aku.

"Selamat Pengantin Baru"
- Muhd Yazid & Siti Hajar -

07.08

malang tak berbau.



macam mana nak bau?
kerana pemandu teksi ini tertidur.
lokasi Quality Hotel.

Khamis, 7 Ogos 2008

06.08

terima kasih adik.


aku mula masuk kerja semula.
ada sesuatu yang baru yang boleh aku pakai.

terima kasih Raj untuk pemberian tali pinggang.
dhanebat!

Rabu, 6 Ogos 2008

05.08

merantau.


sekilas tergerak hati.
ingin merantau jauh.
tapi aku belum siap.

suatu hari, ia pasti.

Selasa, 5 Ogos 2008

04.08

2 bulan.


hampir.
kami tak bertemu 3 hari kurang dari 2 bulan.
sekarang hilang rindu, esok akan rindu lagi.

Isnin, 4 Ogos 2008

03.08

tambah satu.


tambah satu lagi teman baru dari Jakarta, Indonesia.
halo Novan. salam kenal.

Ahad, 3 Ogos 2008

02.08

Radha.


dia percaya pada hubungan tak terikat.
itu hak milik dia.

aku yakin dia lebih tahu.

Sabtu, 2 Ogos 2008

01.08

cari makan.


biar halal.
tidak mencuri.
tidak meminta-minta.
tidak menipu.

cari makan, biar yang halal.

sudah 8 tahun aku kerja disini.
aku masih senang.

Jumaat, 1 Ogos 2008

31.07

mula bercuti..


sudah mula bercuti. suka?
tidak pada aku yang sedang sakit.