Jumaat, 31 Julai 2009

30.07

susu yang tumpah...
jangan di tangisi, kerna belum darah yang kau sumbang.

Khamis, 30 Julai 2009

29.07

jalan ini.


terasa bagai aku jalani sendiri,
mencari makna penantian sehari-hari.

kamu rindu?

Rabu, 29 Julai 2009

28.07

dengar...


walau hanya bisik ku.
tak perlu aku laungkan.

dengar dari hatimu.

Selasa, 28 Julai 2009

27.07

senangkan hati-ku...


walau sejambak bunga tak bisa.
mungkin memang hatiku kusam.

sedih dalam 2 hal kehilangan.

Isnin, 27 Julai 2009

26.07

mari kita berkumpul-berkumpul...


bersuka ria...

Ahad, 26 Julai 2009

25.07

bukan aku minta penghargaan...
setidaknya minta sedikit pengertian dan persefahaman. bukankah kamu manusia juga?
terima kasih.
Al-Fateha buat Almarhum Yasmin Ahmad (1958-2009)
Salam takziah - theosofie mashon

Sabtu, 25 Julai 2009

24.07

ia belum berakhir...

selesai upacara. yang akan mati tetap mati. yang hidup, jalan terus...

tapi ini bukan akhir dunia lagi. dan kehidupan disana menanti. majlis sudah selesai tapi ia belum berakhir...

Jumaat, 24 Julai 2009

23.07

anggur buat raja...


aku bagai raja yang senang,
terlantar bagai si pemalas.
toleh aku melihat anggur...
tapi aku pemalas yang sedang sakit,
toleh-toleh melihat anggur,
hiasan meja kayu.
kaku diam di sebelah-ku

yang sedang sakit dilayan bagai raja.
cuma tak dapat makan anggur.

Khamis, 23 Julai 2009

22.07

hijau...


hijau yang mengingatkan aku,
bukan tentang cemburu.

tetapi untuk melakukan hal-hal baru.

kerna jika kering,
gugur dan layu daun itu.
akan bersemi lagi tunas-tunas baru,
melahirkan daun-daun baru,
yang menghijau.

Rabu, 22 Julai 2009

21.07

tujuan...


seakan tiba-tiba,
aku hilang arah - hilang tujuan.
cuba, aku cuba.
kuatkan niat dan semangat.

mudah-mudahan,
ada jalan lain yang boleh,
membuat aku sampai tujuan sebenar.

aku tak mahu mengalah.

Isnin, 20 Julai 2009

19.07

kelongsong merah atas meja.



aku guna,
menyimpan sesuatu yang kecil.
di-bongkar jua.
ambilah! jumlahnya juga kecil.

lain kali jangan perlihatkan mata aku.
kelongsong merah itu tetap punya aku.

Ahad, 19 Julai 2009

18.07

kecil-kecil batu.


kecil-kecil batu.
ditelan belum tentu mati.
kerdil-kerdil aku.
ditelan belum tentu sudi.

Jumaat, 17 Julai 2009

16.07

gurau.


guraunya selalu aku rindu...

Khamis, 16 Julai 2009

15.07

cantik...


cantik harus dari dasar.
dari hati dan minda.
bukan bermuka tembok.

Rabu, 15 Julai 2009

14.07

klip rambut biru.


punya siapa itu?
cantik birunya...
tapi sayang tak di-ingat tuan.
punya siapa klip rambut biru itu?

Selasa, 14 Julai 2009

13.07

idaman...


menjadi idaman ramai orang,
untuk melangkah jauh.
dalam pendidikan,
aku tidak lupa.
telah sampai di mana,
tahap dan kemampuan ku.
dan aku belajar tidak bongkak
dan sanggup merangkak dari bawah.

aku perlu berterimakasih,
kepada ramai orang.
tanpa mereka,
aku tak akan mencapai apa-apa

mungkin hanya mengidam idaman.

Isnin, 13 Julai 2009

12.07

aku mahu pulang...


penat bertugas,
pulang istirihat dan bertenang.
hati senang.

Ahad, 12 Julai 2009

11.07

meriah...


dan membazir.
tapi itu rezki kamu.

apa aku boleh buat?

Sabtu, 11 Julai 2009

10.07

tumpang berpayung...


terima kasih sayang.

Jumaat, 10 Julai 2009

09.07

ada yang baru...


yang lama dah tak boleh harap.
kalau di pakai juga.
buat malu "company"...

Khamis, 9 Julai 2009

08.07

pertemuan...


dua mata, lama aku ingin berbicara.
kerna kamu tetap sahabat.

Rabu, 8 Julai 2009

07.07

biar lambat...


biar lambat asal selamat...
biar lambat asal ingat.

HAPPY BIRTHDAY CHINTAN!

Selasa, 7 Julai 2009

06.07

merahnya Mak Ngah...


merahnya Mak Ngah...
murahnya Pak Ngah,

gunting rambut S$6.00

Isnin, 6 Julai 2009

05.07

kami.


tak harus ada dia.
harus banyak percaya.

aku percaya, dia tiada.

04.07

bulat?


kalau kau kata aku bulat aku terima.
tapi kalau aku kata kau kurang makan...
kenapa nak melenting macam cacing?

Sabtu, 4 Julai 2009

03.07

sakit?


tetap kerja.
untung aku kuatkan semangat.
ikut hati...
nak duduk dirumah rehat.

Jumaat, 3 Julai 2009

02.07

bintang?


bintang?
diva?
tersohor?

bukan, hanya seorang kakak yang baik hati.
Selamat Ulang Tahun Kak Amy!

Khamis, 2 Julai 2009

01.07

apa dalam kotak?


apa-apa pun boleh...
asal jangan fikir tak pakai otak.

Rabu, 1 Julai 2009

30.06

Tanjung Uma...


kapan akan aku lawat lagi?
rindu seorang adik.
apa khabar agaknya.
Tanjung Uma tunggu.
nanti aku datang algi.