Sabtu, 28 Februari 2009

27.02

sepasang kaki


hey kawan!
sepasang kaki siapa itu?

bukan main mesra.
bukan main manja.

tapi itu bukan isteri kamu,
yang aku kenal.

sepasang kaki siapa itu?

bukan main mesra,
sampai tak nampak kita.
bukan main manja,
sampai tak ingat dunia.

sepasang kaki siapa itu?

bukan main mesra,
tak mungkin anak kamu,
yang sebesar itu.
bukan main manja,
tak mungkin anak kamu,
mahu dicium begitu.

sepasang kaki siapa itu?

Jumaat, 27 Februari 2009

26.02

terjaga...


terjaga aku teringat dia
kamar ini sebenarnya sepi
terasa sesaat tadi bersama dia
padahalnya itu cuma mimpi

aku rindu dia.

emak...

Khamis, 26 Februari 2009

25.02

dapur.


menjadi kawasan larangan
bila nenek di dapur.
ditolong tak mahu,
dibantu tak suka.

dapur hanya untuk
ambil makan dan minum...

Rabu, 25 Februari 2009

24.02

maaf, rosak...


maaf, akalnya sedikit rosak hari ini.
celupar mulut, tiba-tiba buat perangai.
marah tak tentu pasal,
herdik tak kena tempat.

katanya: "PMS"

teman: "oh... begitu ya"

**bukan saya menghina atau mengata tentang perempuan - sesungguhnya, saya pun ada dua orang adik perempuan dan pernah punya ibu, biasalah kalau hal wanita**

Selasa, 24 Februari 2009

23.02

"bus stop bawah jembatan"


mencari alternatif.
tempat ini bukan baru.
sahaja "tukar angin".

rasanya, lebih dekat dengan rumah.
perjalanan dari sini pun tak terlalu lama.

nenek selalu cakap: "bus stop bawah jembatan"
aku faham, perhentian bas di bawah jembatan.

Nama Jalan: THOMSON ROAD
Nama Lokasi: THOMSON FLYOVER

Isnin, 23 Februari 2009

22.02

tiba-tiba datang...


aku berjalan mencari meneduh
dari panasnya bahang dunia
tiba-tiba datang turun hujan.

aku manusia yang angkuh
belum jelas nanti di-kurnia
tetap bersyukur pada TUHAN.

Ahad, 22 Februari 2009

21.02

dua jenis bangunan...


dua jenis bangunan,
binaan zaman berbeda,
di era berbeza,
usia tak sama.

tetap di-atas tanah yang sama,
tetap di-bawah langit yang sama.

Sabtu, 21 Februari 2009

20.02

condong...


condong pohon mengejar cahaya mentari,
condong doa ku mengejar ampunmu TUHAN.

Jumaat, 20 Februari 2009

19.02

bayang-bayang kami...


bayang-bayang kami dalam samar-samar,
jalan-jalan berdua berbicara suka-suka,
cakap-cakap bersama hal biasa-biasa.

bayang-bayang itu adalah milik kami-kami...

Khamis, 19 Februari 2009

18.02

dawai duri karat...


katamu bagai dawai duri karat,
yang tak hilang membaluti sakitnya hati aku.

namun aku sudah lali, mungkin terbiasa.
nanti juga aku akan kebal.

TUHAN lebih tahu...

Rabu, 18 Februari 2009

17.02

sepeda...


sepeda ontel pun aku tak punya.
mau sepeda motor uangnya pula ku tak punya.

Selasa, 17 Februari 2009

16.02

terasa...


hari ini warna-warni jadi kelabu,
apa kena dengan aku?

terasa lemah, kurang makan tidak.
terasa lelah, terlebih kerja tidak

kurang sihat mungkin.
nanti aku jumpa dokter...

Isnin, 16 Februari 2009

15.02

jiran


jiran menyepi.
kemana pergi,
sibuk ke hari ini?

disini ada kematian,
nak minta bantuan.

bukan rumit tapi seadanya
bukan duit tapi doanya.

jiran tetap menyepi...

Ahad, 15 Februari 2009

14.02

batik lepas...


coretan indah situkang mahir
tidak dijahit si batik lepas
memang wajib seperangkat terakhir
jadi perlu bila jasad berlepas

Al-Fateha buat Almarhum Nek Esah.

Sabtu, 14 Februari 2009

13.02

bekas tapak


bekas tapak yang nampak...
tertinggal kesan.
bekas kekasih yang hilang...
meninggal pesan.

aku masih ingat kamu.
dan aku panggil kamu,
kawan.

Jumaat, 13 Februari 2009

12.02

seindah doa.


adalah yang terbaik untuk memberi...
adalah yang terbaik juga menerima...

tiada yang lebih berharga (kata-kata)
selain doa.

seindah doa buat semua...

Khamis, 12 Februari 2009

11.02

ceria...


bagai bunga-bunga terang
berwarna-warni aku himpunkan
dalam perjalanan hari-hariku
senyum aku semakin lebar
bagai tidak tahu dimana mula
dan mana dimana ia berakhir
akan aku bawa dalam hati selalu
mahu itu semua selamanya
harus memang aku bersyukur,
biarpun aku akan dibawa pulang
kapan-kapan nanti.
perlahan pintu hati ku intai
dan jendela akal ku umpil.

TUHAN terimakasih.
aku harus jadi manusia baik.
aku harus tetap ceria...

Rabu, 11 Februari 2009

10.02

pacar aku...





biar di bilang jelek,
biar di bilang buruk,
biar di bilang kurang...

dia tetap aja pacar aku.
kamu punya masalah?

aku tak lihat dari luarnya...
apa yang penting isi hatinya.

Selasa, 10 Februari 2009

09.02

nyanyi-nyanyi...


hari itu nyanyi-nyanyi
ngumpul ama teman-teman
ngumpul hanya suka-suka
ngumpul untuk ketawa-ketawa

Isnin, 9 Februari 2009

08.02

rela aku


kerana dia aku rela
dulu aku benci kemari
bukan hingar bingar jerit soraknya
apa yang ada menyakitkan mata

aku belajar menerima
suka apa yang dia sukai
harapan itu menyatukan kita
sekarang rela aku terima...

Ahad, 8 Februari 2009

07.02

malam itu


tak sangka malam itu,
rezeki katanya.

tak duga malam itu,
peluang katanya.

tak termimpi malam itu,
kebetulan katanya.

tak terfikir malam itu,
benar-benar jadinya...

Sabtu, 7 Februari 2009

06.02

tak boleh selalu


kirim itu dan kirim ini
aku belanja ikut hati
bukan dan tak boleh selalu
aku belanja tak segan silu

Jumaat, 6 Februari 2009

05.02

jalan kaki


tapak-tapak perlahan
sampai juga ku berjalan
bukan meneroka
ibarat jelajah
jalan kaki
ikut kanan dan kiri

puas dengan mata
mulut kena jaga

Khamis, 5 Februari 2009

04.02

makan-makan


makan-makan di pinggir jalan.
jangan makan sambil berjalan.

Rabu, 4 Februari 2009

03.02

dalam gelap.


selamat malam tuan,
tadi saya di tinggal dalam gelap,
saya ingat tuan dah selesai dan
ingin akhiri tugas saya.

tiba-tiba saya di suruh buat kerja lagi.
di dalam ruang yang gelap.
nasib baik juga tuan sedar,
kalau tidak pasti tenaga saya
dan tugas saya sia-sia.

terimakasih di atas tindakan pantas tuan.


yang benar,
Hand Phone Nokia6680.
(dari dalam Beg Campro)

Selasa, 3 Februari 2009

02.02

cepat-cepat

cepat-cepat aku jalan.
secepat hati aku yang ingin menghidar,
marah dan kecil hati.

boleh jadi bingung kerana dia belum faham,
isi hati dan keinginan aku.

cepat-cepat aku jalan,
seperti aku ingin tinggalkan rasa kesal itu.
biar aku lupakan sebentar.

Isnin, 2 Februari 2009

01.02

hingar...


merasa hingar-bingar.
bukan dari bunyi di sekeliling ku.
cukup dengan membaca ayat-ayat itu.
apa mahunya?
banyak mahunya...

bukan aku tak mampu,
tapi bukankah kita bertapak sebelum berjalan?

Ahad, 1 Februari 2009

31.01

hibur hati


berhibur hati dengan teman-teman.
aku senang malam itu.
dimana hendak aku bermanja?
kalau pacar lagi jauh...

dengan teman-teman aku berhibur hati.