Jumaat, 31 Oktober 2008

30.10

yatim...


yatim hidupnya,
kerana pilihannya.

tidak bergaul.
tidak bermasyarakat.
tidak peduli.
tidak kisah.

bila mati,
siapa akan mengusung kerandanya nanti?

Khamis, 30 Oktober 2008

29.10

memori jalan-jalan dan makan-makan...


mereka sudah pulang.
sukar hendak di ulang.
kenangan jalan-jalan.
seronok makan-makan

kita riang malam minggu.
kami gembira malam itu.

terimakasih Cik Ongy & Andy.

Rabu, 29 Oktober 2008

28.10

terima kasih orang lama.



terima kasih Mummy Babita.
telah berkongsi pengalaman,
lewat foto-foto lama.
yang membuat saya senang,
anda tidak bongkak dengan kisah silam.

memang benar,
yang lepas adalah ingatan.
hanya untuk di kenang,
bukan bahan banggaan.

Selasa, 28 Oktober 2008

27.10

Deepavali.


selamat menyambut Pesta Cahaya.
buat teman-teman beragama Hindu.

Reena, Kalai, Srithaar, Letchumi & Thanesh

Isnin, 27 Oktober 2008

26.10

berkumpul.


ada acara BBQ.
semua teman-teman kerja,
dipersilakan hadir.

aku menyempatkan diri,
biar tak dibilang sombong.

Ahad, 26 Oktober 2008

25.10

sarapan.


aku ajak dia makan pagi.
tak mahu dia kelaparan.

tapi bukan hanya makan sarapan.
aku kena pastikan dia tidak kebuluran.

tapi dia makannya banyak.

Sabtu, 25 Oktober 2008

24.10

bedak.


setebal mana kau tempel bedak.
tak boleh menutup, malunya diri kamu.

kau boleh mencantik kan wajah kamu,
tapi kenapa tak cantikkan sekali sifat kamu?

mereka semua dah tahu.
bertopeng pun belum tentu orang tak kenal.

Jumaat, 24 Oktober 2008

23.10

terasa cinta dalam bas..


padahal, aku keluar rumah marah-marah.
dan terasa pelik pula.
bila aku duduk sendiri dalam bas yang menuju kerja.
aku rasa ada cinta yang sangat besar buat dia.
apa yang buat aku marah sebenarnya?

dia atau aku yang bermasalah.
mungkin kami sama.

Khamis, 23 Oktober 2008

22.10

renyai-renyai hujan.


aku baru dapat pulang dari kerja.
sepertinya tadi tugasan aku tak sudah.
padahal dah lama aku selesaikan.
sebenarnya aku sengaja nak pulang lewat.
mengelak dari renyai-renyai hujan di luar sana.

Rabu, 22 Oktober 2008

21.10

Chee Cheong Fun


terima kasih.
bos aku yang baik hati.
kami berkongsi makan.

Selasa, 21 Oktober 2008

20.10

bahaya atas kepala.


lebih bahaya apa yang ada dalam kepala.
akal yang jahat.

Isnin, 20 Oktober 2008

19.10

Cokelat & Nougat


cokelat dan nougat...
pasti manis semua...

lebih manis kerana mereka ingat tentang kami.
terimakasih Cik Ongy dan Andy.

Ahad, 19 Oktober 2008

18.10

undangan raya.


terimakasih busu Zizi.
saya rasa seronok sangat,
dapat berjumpa orang lama.
dan dapat berkumpul dengan teman-teman lain.

Sabtu, 18 Oktober 2008

17.10

dengki..


sengaja aku cabut,
biar merasa mereka,
tak boleh bersorok.

biar aku dibilang dengki.

aku benci hal itu.
sehingga aku tak mahu cerita lebih lanjut.

Jumaat, 17 Oktober 2008

16.10

terjadi juga...


percaya itu yang pertama,
maafkan aku tak mungkin ada kedua...

baran menyelimuti hatiku yang panas,
aku terlalu pantas.
kamu membuat aku membenci kamu,
sehingga aku mengasari mu.

aku bukan benci dirimu,
tapi jeleknya sikapmu.

aku masih sayang kamu,
maafkan aku.

Khamis, 16 Oktober 2008

15.10

desakmu...


aku benci cara desakmu
pedas..
aku benci seakan dipaksa
panas..

jujur, aku lebih rela ikhlas.

Rabu, 15 Oktober 2008

14.10

bunga...


Bunga (Karena Aku Lelaki)
Ciptaan:Ramadhan
Vokal: Ihsan

aku melintasi malam sepiku
tanpa dirimu di sisiku kekasih
rasa sesal yg selalu menghantuiku
di saat ku campakkan dirimu manis

walau kini engkau sudah
menjadi miliknya lagi
aku tetap cinta
ku harap engkau kembali
untuk maafkanku

reff:
bunga beri aku satu kesempatan lagi
jangan sampai ku mengemis padamu
bunga ku berjanji kali ini akan kutepati
karna aku lelaki

sudah ku mantapkan hatiku untukmu
hanya engkau yg mampu mengerti aku
tinggalkan dirinya kembalilah padaku
hanya aku yg mampu memahami

sudah tutup saja mata
lupakan semua
yg telah terjadi
mari kita mulai lagi
satu kisah cinta

Selasa, 14 Oktober 2008

13.10

jalan-jalan ke kota


aku senang dan gembira malam ini
akan berjalan-jalan lagi ke kota
berharap sejarah beberapa bulan lalu tak terulang
kenapa aku marah saat itu, terlalu marah.

kami akan menuju tempat yang sama malam ini
akan pergi berjalan-jalan lagi ke kota
mengharap sejarah beberapa bulan lalu tak diulang
kenapa aku harus marah saat ini, tak harus marah.

Isnin, 13 Oktober 2008

12.10

raya dah habis...


siapa kata?
belum puas kita berjalan.
tunggu kami datang.

Ahad, 12 Oktober 2008

11.10

Unopuro - tratoria/bar telah dibuka!


dengar-dengar Diana Krall akan datang di hari pembukaan rasmi.
datanglah wahai peminat.

UNOPURO Trattoria/Bar
Gallery Hotel
1 Nanson Road
#01-06
Singapore 238909
Tel: +65 6836 5068
Jam Operasi: 24jam

Sabtu, 11 Oktober 2008

10.10

minuman blueberry.


selepas penat berjalan dari Orchard Road,
sesampai di rumah minum air,
minuman perisa blueberry

terasa segar dan nyaman.
sedap pula tu...

Jumaat, 10 Oktober 2008

09.10

yang mana punya kamu?


aku yakin ketiga-tiga tuala itu punya aku.
kenapa kau pakai tak minta izin?
pandai-pandai sangat.

kalau celana dalam aku, kau mahu juga?
nak mampus?

Khamis, 9 Oktober 2008

08.10

Bistro & Bar


telah dibuka, tahniah Encik McGettigan!
ada daging buaya dan kangaroo?

Boomarang Bistro & Bar
60 Robertson Quay #01-15
The Quayside, Singapore 238252
Tel: +65 6738 1077
Jam Operasi: 0800hrs - 0300hrs (Setiap Hari)

Rabu, 8 Oktober 2008

07.10

beca.


naik beca dari pasar Geylang Serai ke Jalan Keladi.
kenangan manis sewaktu kanak-kanak.

aku akan duduk di lantai beca, setiap kali
sambil memegang mainan baru di-beli
setiap kali pulang dari pasar ke Jalan Keladi.

aku rindu semua itu.
aku rindu di-manja begitu.
aku rindu arwah moyangku.

Al-Fateha buat Kamisah Binte Harun.
moyang (jujuk) kesayangan kami..

Selasa, 7 Oktober 2008

06.10

senja di dermaga


aku pergi aku jemput
dia datang dia ikut.

hari senja di dermaga
malam akan tiba.

aku tak akan berasa sepi lagi
kerna dia akan hadir setiap hari
harapan bahagia dinikmati
bagai terbit sang matahari

mudahan membuat tawa bukan duka
mudahan memberi aku gembira bukan airmata

akan ku lakukan yang terbaik buat kita
walaupun di senja itu di atas dermaga
aku tidak menjanjikan apa-apa
selamat datang sayang bawalah cinta

Isnin, 6 Oktober 2008

05.10

minggu lengang..


aku menikmati udara bersih,
tanpa debu atau asap kenderaan.
hari minggu yang lengang.

Ahad, 5 Oktober 2008

04.10

seberang..


teman dari Pakistan ingin datang kemari,
saudara dari Australia ingin menziarahi,
teman dari Indonesia ingin bercuti kesini,
kawan dari Nepal ingin tinggal di sini

aku bila nak ke seberang?

Sabtu, 4 Oktober 2008

03.10

Ferrari.


memang cantik kereta itu,
memang tak terjangkau dek anganku.
memang mahal harga sebiji kereta,
memang tak mampu nak milikinya.

"untuk tuan punya kereta,
ini tempat bukan bapa kau punya"

tolong pindahkan!

Jumaat, 3 Oktober 2008

02.10

patah sayap.


kasihan kawan,
bagai patah sayap.

pesan aku, jangan patah semangat.

Khamis, 2 Oktober 2008

01.10

semalam, waktu malam raya..


waktu berbuka puasa,
tak terbendung airmata,
mengalir waktu takbir bergema di radio
dan tangan masih menyuap lontong dan sambal goreng.

semakin malam,
hujan turun dengan lebatnya.
aku makin rindu,
dengan emak, dengan abah.
juga, orang-orang yang telah mendahului kita.

syahdu, pilu, seronok dan gembira berbaur menjadi satu.

Salam Lebaran Minal Aidil Walfaidzin!

Rabu, 1 Oktober 2008

30.09

34.


itu umur aku hari ini.
seakan aku rasa,
seperti ingin memeluk
semua orang di dunia ini,
dan berterima kasih.

34 tahun lamanya kewujudan ku.