Selasa, 29 Januari 2008

29.01

bersuka-ria dan berpesta. tolong jangan mabuk.


tapi kalau orang yang sakit pergi pesta, dia itu mabuk atau sibuk?
kata nenek lebih baik duduk di rumah.

Isnin, 28 Januari 2008

28.01

seteguk air bisa membasahi dahaga.


seteguk kasih bisa merubah segala duka dan lara menjadi bahagia.
itu kata ibu.

Ahad, 27 Januari 2008

27.01

hancur berderai.


intan permata rupanya kaca tak berharga..
lain kali teman hati-hati memilih cinta, jangan dipandang pada rupa lihatlah ke dalam hatinya dan perlu kamu kenal siapa dia.

intan atau kaca?

26.01

di bawah rimbunan kasihMu..


aku temukan segalanya..
yang suka dan yang duka.

Jumaat, 25 Januari 2008

25.01

dua lebih baik dari satu.


tapi bukan dalam soal mencari jodoh..
soal keselamatan dan menjaga harta peribadi.

24.01

pergi singgah untuk berubat tapi bukan aku yang sakit.


kita hanya mampu berusaha dan mudahan dapat penawarnya.

Khamis, 24 Januari 2008

23.01

hilang terang, timbul gelap..


tapi kalau ada lampu kenapa hendak bersungut?

Rabu, 23 Januari 2008

22.01

tak sama bentuk tapi tak banyak beza.


yang penting dapat aku gunakan dan hilang rasa dahaga.

Isnin, 21 Januari 2008

21.01

retak menanti belah.


apa kesudahannya? walau di sambung tak akan sama..

20.01

hari sudah senja, matahari akan tenggelam


bila menjelang umur senja. harapanku ibadah dan amalan tidak tenggelam tapi makin menambah..

Ahad, 20 Januari 2008

19.01

sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina.


tapi kenapa pula anak ikan juga.. yang sering dikail-kail?

Jumaat, 18 Januari 2008

18.01

tak kira pintu depan atau pintu belakang,


yang penting carilah Pintu Syurga.. mudah-mudahan boleh di temui.

Khamis, 17 Januari 2008

17.01

kalau bunga ibaratnya - habis madu sepah dibuang..


ini pula shopping trolley, habis pakai di-sepah-sepah..
ada manusia tak bertimbang rasa betul.

Rabu, 16 Januari 2008

16.01

basah sewaktu hujan..


aku berjalan dalam renyai hujan yang seakan tak berhenti..
untung perjalanan aku singkat.. kalau tidak, pasti aku basah selepas hujan..

Selasa, 15 Januari 2008

15.01

jambatan atau jembatan?


aku terbaring di sudut belakang sebuah van, mendongak ke atas. ada jambatan di atas ku. tak terlihat kenderaan yang melintas lalu tapi hanya kedengaran bunyi-bunyi yang agak deras.

aku sedang di jalan untuk pulang, mudahan sampai kelak..

Isnin, 14 Januari 2008

14.01

Cahaya dalam kegelapan.


ku fikir kegelapan sepanjang jalan, aku salah..
ada cahaya mengintai di balik pepohon terimbas di dada air..

Ahad, 13 Januari 2008

13.01

aku senang dengan ketibaan pagi.


kerana Tuhan memberi aku satu lagi peluang menjadi orang yang lebih baik dari semalam. mudah-mudahan..

Sabtu, 12 Januari 2008

12.01

cantik payung ni. tapi boleh pakai ke hari hujan?


yang empunya berkata: "siapkan payung sebelum hujan"
aku kata: "dia dengan payung tu sekali boleh basah dek hujan"

apa pendapat anda?

Jumaat, 11 Januari 2008

11.01

keluarga dia ada business. bukan calang-calang business.


budak ni kadang2 punya cakap dan berbual pun macam business man. tapi sayang, aku rasa dia kena beli sepatu yang baru sebelum dia boleh cakap banyak.

memilukan atau memalukan?

Khamis, 10 Januari 2008

10.01

Salam Awal Muharram!


Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin...