Rabu, 30 April 2008

29.04

mainan


SONY
Slim & Lite PSP (Play Station Portable)
Model: PSP-2006DR - DEEP RED.

aku tak main-main.
ada orang akan gembira mendapat mainan.

kemarin adik aku pun dapat mainan.

SONY
Slim & Lite PSP (Play Station Portable)
Model: PSP-2006LP - LAVENDER PURPLE

adik gembira. dia gembira. aku gembira. semua gembira.

Selasa, 29 April 2008

28.04

kotor.


macam fikiran orang itu.
di luar nampak cantik.
di dalam akalnya menjijikkan

Isnin, 28 April 2008

27.04

kering.


kawan aku kata semalam kering.
tapi aku rasa sebenarnya dia gersang.

itulah cerewet sangat.

Ahad, 27 April 2008

26.04

nampak?


kalau buat kerja biar senonoh.
kalau malas jangan buat.
apa yang tergesa-gesa?
jadi kelam kabut di buatnya.

hasilnya? kau nampak sendiri.

Sabtu, 26 April 2008

25.04

tandas.


gunakan dengan cermat.

dan peringatan, papan tanda itu tidak menyuruh kamu
berdua-duan di dalam satu bilik tandas.

Jumaat, 25 April 2008

24.04

makan?


hal ini aku ada masalah sikit.
pentingnya jangan sampai sakit.

Khamis, 24 April 2008

23.04

salah.


yang aku minta bawang putih yang di goreng.
yang aku dapat bawang merah yang di goreng.

tapi tidak mengapa. aku tak boleh mengeluh,
sebaliknya berterima kasih di atas usaha teman aku.

Rabu, 23 April 2008

22.04

selesai.


sudah makan. sudah bayar.
sudah kenyang. sudah ngantuk.

balik bilik tidur.

Selasa, 22 April 2008

21.04

tersimpul.


dari hati aku berkata.
aku setia, mudahan dia juga.
aku jujur, mudahan dia juga.
aku yakin, mudahan dia juga.
aku ikhlas, mudahan dia juga.
aku percaya, mudahan dia juga.

kesimpulan aku sayang dia.

Isnin, 21 April 2008

20.04

di bawah pohon kelapa.


aku bersama teman tetapi ingatan ku melayang merindu kamu.

Ahad, 20 April 2008

19.04

redup pepohon.


aku berterima kasih TUHAN.
aku dapat berteduh dari teriknya bahang.

aku berterima kasih TUHAN.
semua itu ciptaan MU.

Sabtu, 19 April 2008

18.04

tenang.


berjalan santai di pinggir sungai.
mengimbas kembali,
waktu marahnya aku ke dia.

tiba-tiba aku jadi tersenyum.
dan sememangnya semua itu kerana cinta.

Jumaat, 18 April 2008

17.04

bantuan pertama.


kita perlu membantu diri kita sendiri,
sebelum kita ingat boleh membantu orang lain.

mengingatkan diri kita sendiri,
supaya kita tak boleh melukakan hati orang lain.
mengingatkan diri kita sendiri,
supaya kita tak boleh menyakitkan hati orang lain.

mudah-mudahan kita mendapat balasan yang sama.

Khamis, 17 April 2008

16.04

hancur.


nasib baik hati aku tak hampa dan luluh.
masih ada harapan.


Rabu, 16 April 2008

15.04

gelap.


apa yang kau cari?
ia tak ada disini.

Selasa, 15 April 2008

14.04

sepasang.


macam aku dan dia. seronok.

Isnin, 14 April 2008

13.04

rapat-rapat.


bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

itu tidak bermaksud untuk berjihad.

Ahad, 13 April 2008

12.04

aku beli pada tahun 1987.


MODEL: TM3120FE
DATE CODE : 3747-

radio THOMSON 3120 aku miliki dari zaman sekolah menengah.
menemani aku waktu belajar hampir setiap malam.
kecuali malam minggu.

sekarang di letakkan di dalam pejabat dari tahun 2000.
menemani kami hampir setiap hari.
kecuali pada hari kami rihat atau cuti.

masih elok dan masih utuh.
lebih setia dari kawan baik.

Sabtu, 12 April 2008

11.04

menimbun.


macam masalah kalau tak di selesaikan.
yang sukar nanti diri kita sendiri.

boleh sakit kepala dibuatnya.

Jumaat, 11 April 2008

10.04

Marlboro.


Marlboro yang telah di-Indonesia kan.
12 batang rokok kretek Marlboro.
semakin untunglah tauke cengkih.

Khamis, 10 April 2008

09.04

serupa tapi tak sama.


yang satu panas yang satu sejuk.
tapi kedua-duan nya boleh menyebabkan penyakit.

Rabu, 9 April 2008

08.04

yang di atas.


syurga atau neraka,
ia menanti.
sebelum akhirat,
buat pilihan kamu.

Selasa, 8 April 2008

07.04

ada apa di dalam 'pouch'?


1) Pembaca Kad Memori.
2) sampel Emporio Armani, Diamonds
3) sampel Dolce & Gabbana, Light Blue
4) wang S$2.00
5) dan satu rahsia kecil.

mana boleh cerita tentang yang nombor lima.

Isnin, 7 April 2008

06.04

anak siapa?


aku sudah tidak keliru.
tetapi adik aku baru mula bingung.

Ahad, 6 April 2008

05.04

Jembatan Alkaff


Jembatan Alkaff siap dibina pada tahun 1997.
dengan ukuran sepanjang 55 meter, dan seberat 220 ton
ianya sebahagian dari rancangan pembangunan
'Urban Redevelopment Authority's'(URA).
Siap dibina pada tahun 1999.

Jembatan Alkaff telah dicat
dengan warna-warna terang pada Januari 2004,
oleh seorang artis Filipina, Pacita Abad (1946-2004).
menggunakan 52 warna cat yang berbeza
dan lebih dari 900 liter cat
untuk merubah Jembatan Alkaff menjadi 'Jembatan Seni'

Sabtu, 5 April 2008

04.04

sangkut.


kadang-kadang kita berbuat baik, tersangkut-sangkut.
patah semangat, kita menyerah.

tapi kalau kita buat jahat itu kerana terikut-ikut.
berkobar-kobar, kita alpa.

apa sangkutannya?

ia bersangkut paut dengan niat. mahu atau tidak?

Jumaat, 4 April 2008

03.04

cari siapa?


cari aku?
telefonlah.
tak perlu datang ke rumah.
zaman dah maju.

Khamis, 3 April 2008

02.04

J.Co Donuts & Coffee


ada donut perisa baru.
enak. cubalah.

Rabu, 2 April 2008

01.04

sedap.


Alhamdullilah.

Doa Selepas Makan:

"Segala puji kepunyaan Allah
yang telah memberi makan kepada kami,
yang telah memberi minum kepada kami,
dan telah menjadikan kami orang Islam."

Selasa, 1 April 2008

31.03

makan luar tadi.


selera, sedap dan murah.
puas, kenyang dan senyum.