Isnin, 30 Jun 2008

29.06

tidak boleh.


tapi aku lihat tidak ada petugas yang marah pun.
bahkan tidak ada yang melarang.

peringatan itu hanya perhiasan.
aku rasa.

Ahad, 29 Jun 2008

28.06

33 tahun.


Selamat Ulang Tahun Ning Baizura!

Semoga dimurahkan rezeki dan limpahan kebahagiaan.

insya'Allah. Amin x3.

Sabtu, 28 Jun 2008

27.06

dah habis kerja.


rasa lega dah dapat balik.
sibuk sangat tadi.

tak boleh merungut sangat.
besok masih kerja.

Jumaat, 27 Jun 2008

26.06

Davidoff Adventure.


terima kasih kawan.
saya suka sangat.

Khamis, 26 Jun 2008

25.06

rambut sama hitam..


ini kisah rambut lain warna
ini cerita rambut lain corak.
tapi hati mereka tetap bersama.

iri kami.

Rabu, 25 Jun 2008

24.06

hutan konkrit.


aku masih senang duduk di sini.
siapa bilang aku akan pindah.
mungkin juga tapi bukan sekarang.

aku memang rindu gunung-ganang
dan persisiran laut lewat Munjungan.

Selasa, 24 Jun 2008

23.06

siapa makan cili, dia rasa pedas...


aku tak kata engkau pun.
kenapa kemarin engkau terasa sangat.

hari ini baru kau tahu?
kalau aku tak pernah kata tentang engkau.

engkau memang tak lambat nak minta maaf.
tapi aku seriklah nak berkata apa pun tentang engkau.

takutnya kau terasa lagi.
takutnya lebih pedas lagi kali ini.

Isnin, 23 Jun 2008

22.06

Haw Flakes.


waktu itu aku lagi hingusan.
hanya mampu membeli Haw Flakes.
dengan duit syiling yang aku kutip,
segera ke kedai 'apek' di sebelah rumah.

itu semua kenangan di Jalan Keladi.

Ahad, 22 Jun 2008

21.06

paparan apa?


apa yang ingin kau tunjukkan?
jika semua kau ambil kembali dan sembunyikan.
parah lagi bila kau buang dan humbankan segalanya.
hilang tak nampak di mata.

paparan apa yang ingin kau tunjukkan?
aku tetap meneliti dari jauh.

Sabtu, 21 Jun 2008

20.06

lewat sudah subuh.


aku masih ketawa.
pada kawan yang menghilai.
ternampak bulan penuh,
dan aku rasa dia juga bisa lihat di sana.
tapi dia masih tidur kerana baru melewati subuh.

aku rindu sangat dengan dia.
biarpun aku lagi ketawa kerana kawan yang menghilai.
di bawah bulan penuh,
dan sepatutnya aku juga harus tidur
atau baru bangkit kerana hari subuh.

Jumaat, 20 Jun 2008

19.06

cantik kipas.


2 jam kemudian ia menjadi hancur.
kasar tangan kawan.

Khamis, 19 Jun 2008

18.06

renovasi.


sepi. gedung sedang di perbaiki.

Rabu, 18 Jun 2008

17.06

sudah malam.


tutup kedai.
sesetengah orang baru nak mula perniagaan.
di celah-celah lorong malap.

Selasa, 17 Jun 2008

16.06

kisah bunga yang tercabut dari sandal.


ada yang potong jalan.
ada yang tak duduk diam.
ada yang berkenan.
ada yang malu tersipu.
ada yang bohong dia jantan.

Isnin, 16 Jun 2008

15.06

air.


ia menjadi banjir di sana.
ia menjadi banjir di situ.
akankah ia banjir di sini?

air sumber kehidupan.
ia juga boleh menghancurkan.

berbuatlah sesuatu.
selamatkan dunia yang kian rapuh.

Ahad, 15 Jun 2008

14.06

perjalanan baru.


selamat menempuh perjalanan dan kehidupan baru.
semoga langkah-langkah kali ini lebih baik dan lancar.
kami doakan.

buat Ibu Muryati.

Sabtu, 14 Jun 2008

13.06

M.


ukuran baju adik sekarang.
dah besar panjang pun dia.

Jumaat, 13 Jun 2008

12.06

tampalan.


segan melihat keaadan.
segan lagi kalau ku tahu pelakunya.

sikap yang menyebabkan 'sakit mata'.

Khamis, 12 Jun 2008

11.06

tak ingat masa.


tak ingat masa.
tak ingat dunia.

itulah adik aku bila dapat keluar jalan-jalan.

Rabu, 11 Jun 2008

10.06

tenang.


setenang hati aku.
setelah melaksanakan janji pertama.

yang buat hati aku berkocak, menunaikan yang seterusnya.

insya'Allah...

Selasa, 10 Jun 2008

09.06

feri ke feri.


nak datang.
pergi naik feri.
sudah sampai, pindah feri.

beradu nasib dalam kapal.

nak pulang.
pergi tukar feri.
sudah sampai, ikut feri.

Isnin, 9 Jun 2008

08.06

belanja.


kami senang belanja bukan suka belanja.

berjimat itu perlu.

Ahad, 8 Jun 2008

07.06

mutiara.


mutiara berharga,
kerana cara kita mendapatkannya, dari dasar laut.

mutiara kata itu lebih berharga,
kerana kita mendapatkannya, dari dasar hati yang paling dalam
dan akal yang berfikir.

Sabtu, 7 Jun 2008

06.06

lembut.


sifat aku sewaktu kecil.
aku tak boleh buang tapi aku juga tak simpan.

kerana tercabar,
aku berjaya buktikan si lembut itu boleh menjadi gagah.

dan aku tak pernah malu walau aku lembut.

Jumaat, 6 Jun 2008

05.06

lalang.


padi diantara lalang tetap dibilang lalang.
aku diantara lalang tetap dibilang cari belalang.

Khamis, 5 Jun 2008

04.06

ruang udara.


berikan aku sedikit ruang agar bisa aku bernafas.

Rabu, 4 Jun 2008

03.06

kering.


kesian kawan aku.
tak mahu dengar nasihat teman.
senang di pergunakan pasangan.

kurus kering dia sekarang bukan sakit atau tak cukup makan.
tapi terlalu makan hati.

02.06

peringatan.


peringatan telah diberi.

cubalah usik, kalau terlalu berani.
lebih baik aku biarkan.

nanti dia baik-baik aja.

Isnin, 2 Jun 2008

01.06

ikon.


sebuah ikon akan hilang,
sebuah ikon akan di musnahkan.
sebuah ikon akan digantikan.

aku tak kisah.
bukankah generasi kita juga harus mencipta sejarah.
patah tumbuh hilang berganti.

akan datang, sebuah stadium yang baru, serba moden dan canggih

Ahad, 1 Jun 2008

31.05

copot.


hilang butang seluar dia.
tak ada tali akar berguna. ambil kancing baju ni.

waktu makan ingat-ingat sikit.