Ahad, 31 Mei 2009

30.05

bunga pahar...


bunga pahar bunga telur
hadiah buat hadirin semua
di-ikat kasih diselang jujur
bagai pinang di belah dua.

tahniah buat Zul & Yaya
Selamat Pengantin Baru

Sabtu, 30 Mei 2009

29.05

bayang-bayang.


bayang-bayang di tembok itu.
bagai janjinya yang tak tertunai.

sayang-sayang di waktu itu.
tapi janjinya tetap tak tunai.

Jumaat, 29 Mei 2009

28.05

lihat jiranku...


minggu lalu ku lihat jiranku,
hari ini tak nampak pula.

tak kenal nama hanyalah muka,
teringat selalu mesra senyumnya.

rupa-rupanya ku tak tahu,
hari kelmarin dia sudah tiada.

dirumahnya sering pintu terbuka,
tapi kini tutup selamanya.

"Rest In Peace"

Khamis, 28 Mei 2009

27.05

bersatu teguh.


bersatu teguh.
bercerai roboh.

bersatu kukuh
berpisah rapuh.

harusnya, adat berkawan...

Rabu, 27 Mei 2009

26.05

1:30PM


nota untuk aku.
jam 1:30PM
aku yang baru bangun tidur.

sangat bertimbang rasa.

Selasa, 26 Mei 2009

25.05

celah...


dari celah-celah awan dia bangkit.
suria di langit itu di panggil pagi.

Isnin, 25 Mei 2009

24.05

tumpang kasih...


dia teman aku, punya pacar.
dia juga teman aku punya istri.

mereka kelihatan mesra malam itu.
seakan mereka telah lama begitu,
tidak - aku tidak cemburu.
berat mata berat lagi bahu.

mereka memerlukan pasangan sedia ada.
tampangnya mereka pasangan segera.

mesra dan berpelukan, menumpang kasih...
dan padahal mereka bukan sepasang kekasih

dikala pacarnya jauh,
diwaktu istrinya jauh.

aku hanya bisa tumpang senyum.

Ahad, 24 Mei 2009

23.05

kupu-kupu malam.


tak tertakluk hanya pada wanita.
lelaki itu juga telah menjadi kupu-kupu malam.

Sabtu, 23 Mei 2009

22.05

bujang.


hidup bujang.

siap sendiri,
masak sendiri,
makan sendiri,
bersih sendiri,
basuh sendiri...

jauh dari ibu, kakak, adik perempuan mungkin isteri.
sebenarnya ia mengajar mereka berdikari.

Jumaat, 22 Mei 2009

21.05

yang putih...


yang putih awan bagai kapas.
masih ada beza warna putihnya.

yang pulih, kematian terlepas,
tak bearti lepas azab kuburnya.

Khamis, 21 Mei 2009

20.05

senja biru...


berlari-lari aku di senja yang biru.
mencari sesuatu untuk pasti.

jadi selesai dan tak bercelaru
setelah aku temui.

barulah aku berasa lega dan nyaman.
aku harap yang berharap terasa aman.

Rabu, 20 Mei 2009

19.05

Ketika Cinta Bertasbih


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

Judul: Ketika Cinta Bertasbih
Lirik & Lagu:Melly Goeslaw

Selasa, 19 Mei 2009

18.05

luaran...


cantik hanya luaran...
di dalam masih kosong.

bagai kamu yang selalu berangan.

Isnin, 18 Mei 2009

17.05

belakang


sudut dari atas melihat ke belakang.
ramai lalu lalang.

nak juga sorak dari atas,
kenapa suka main belakang?

Ahad, 17 Mei 2009

16.05

beg.


beg warna merah.
beg sungguh besar.
beg terasa berat.
beg untuk berangkat.
beg seorang kawan.
beg yang telah di bawa datang.
beg yang akan di bawa pulang.

yang empunya beg,
selamat jalan dan jumpa lagi.

Sabtu, 16 Mei 2009

15.05

guna.


tak boleh guna,
tapi itu sudah berapa hari?

tak guna.

Jumaat, 15 Mei 2009

14.05

nota.


nota untuk teman yang datang pagi.
nota untuk barang pasar yang tak perlu jalan kaki.
nota untuk beli apa yang kurang dan harus di-ganti.

Khamis, 14 Mei 2009

13.05

nyenyak.


nyenyak, empuk di lanyak.

terima kasih kawan.
tumpang tidur sepagi.

Rabu, 13 Mei 2009

12.05

periksa...


periksalah betul-betul.
suka-suka pula...

apa kepala otak kau dah tak betul?
macam suka hati kau pula...

Selasa, 12 Mei 2009

11.05

topeng...


kau bisa sembunyikan,
buruk wajah hati-mu,
kau bisa selindung,
niat akal durjana-mu,
bertopengkan kebohongan...
tapi aku tak bisa,
dan tak pandai bertopeng,
menentang tentang fikiran ku

Isnin, 11 Mei 2009

10.05

hujan turun...


hujan turun malam hari.
malam hari tak tidur lagi.

hujan turun sampai pagi.
sampai pagi tak tidur lagi.

09.05

indah di-langit malam...


indah di-langit malam,
sinar rembulan terang terulung.
hatiku rindu orang yang jauh.

bertulis dicatat kalam,
Yang Maha Esa, Yang Maha Agung.
berkahilah hamba biar tak rapuh.

Sabtu, 9 Mei 2009

08.05

telur.


apa itu?
sebiji telur.
apa? telur?
ya, telur isi hitam.
apa? telur isi hitam?
"century egg"
jangan banyak tanyalah,
kalau nak makan? makan aja...

Jumaat, 8 Mei 2009

07.05

sepanjang jalan kenangan...


aku pernah berdiri disini,
menanti.
aku pernah berjalan disini,
masih menanti.

sepanjang jalan kenangan.
aku dewasa dengan perlahan.

Khamis, 7 Mei 2009

06.05

terang sekarang...


terang sekarang,
boleh aku lihat pasir dan kerikil-kerikil.
terang sekarang,
aku boleh lihat jelas tidak terkebil-kebil.

ini yang dikatakan pembangunan.
tahniah... wali kota.

Rabu, 6 Mei 2009

05.05

buaya


kasihan melihat teman,
ada kekasih seorang 'buaya'.
buaya darat...
tapi sama padan-lah,
sebab dua-duanya buaya keparat.

yang satu gila betina,
yang seorang gila jantan.

serasi.

Selasa, 5 Mei 2009

04.05

memang Diva!


terima kasih Kak Amy,
walaupun dengan kaki yang terseliuh,
kami tetap di-layan mesra.
tak duduk diam dan tak jadikan alasan.

sesungguhnya tiada yang angkuh tentang diri anda.
Kak Amy memang Diva!

Isnin, 4 Mei 2009

03.05

sikit-lebih...


aku sakit sikit...
tak mahu lebih-lebih

sikit-lebih masih boleh.

ada yang lain sakit juga.
sakitnya sikit perangai berlebih-lebih...

Ahad, 3 Mei 2009

02.05

Berth 33 (Bedok Interchange)


zaman menunggu, aku banyak di-situ.

ke sekolah,
tunggu kawan di-situ.
keluar jalan,
tunggu teman di-situ.
ke kem CD,
tunggu geng di-situ.
jumpa kekasih,
buat janji di-situ

selalu aku yang sampai dulu,
bertenggek di-batu.

Berth 33, satu masa dulu...

Sabtu, 2 Mei 2009

01.05

Bussorah Street

hari itu di Bussorah Street.
melihat tempat berkumpul,
ramainya remaja Melayu.

dan apabila jelas-jelas azan,
berkumandang dari masjid.
menanda waktu mengerjakan solat
mereka tak berganjak, tak terdetik
mendengar tapi tak menyahut seruan.

aku , mereka atau kami,
hanya perlu melangkah
kurang seratus tapak...

antara Masjid Sultan dan Bussorah Street.

Jumaat, 1 Mei 2009

30.04

batu.


ku paling kanan,
berwajah batu.
alas kaki per'aduan.

gelisah lamar berkenan,
menepuk tidurku,
bergalas ku kerinduan.