Jumaat, 29 Februari 2008

28.02

loceng servis.


teringat pekerjaan pertama aku di hotel.
aku dulu memang angkat bagasi buat tamu.
tetamu yang menginap di hotel lima bintang.
dan loceng servis ini, setiap waktu mengingatkan aku.
jangan mengelamun waktu kerja.
juga mengingatkan aku ada tugas yang perlu di laksanakan.

kerana loceng servis ini dan nasihat teman-teman aku sampai ke tahap sekarang.
cuma di tempat kerja aku yang baru tidak menggunakan loceng servis.

ting. ting.. ting

Khamis, 28 Februari 2008

27.02

korek gigi.


tak sedap bunyinya. tapi demi menjaga kebersihan mulut dan gigi.
korek gigi atau cungkil gigi amat penting.
habis tu! kau ingat korek hidung bunyinya sedap?

Rabu, 27 Februari 2008

26.02

sejuk sikit ada kipas.


janganlah merungut. ini baru panas dunia.
esok-esok panas neraka, aircond pun tak guna.

Selasa, 26 Februari 2008

25.02

penghadang jalan.


siapa yang hendak dihalang? aku atau kami? si pejalan kaki.
apa guna letak di kawasan luas kiri kanan pun boleh jalan.

Isnin, 25 Februari 2008

24.02

layu.


cantikmu bunga tak di hiraukan kerna kau telah layu jatuh ke tanah.

Ahad, 24 Februari 2008

23.02

cinta anak jalanan.


kenapa tak boleh? mereka punya hak kerana mereka manusia juga.
siapa yang tak mahu cinta? rugi.

Sabtu, 23 Februari 2008

22.02

berpijak pada tangga kejayaan.


tanpa perlu bersusah payah adalah bohong.
dan jangan pernah pula berpijak atas kepala orang.

Jumaat, 22 Februari 2008

21.02

mahal harga makanan sekarang.


dia: ini lah makanan ikan tu.
den: oh. mahal ke?
dia: mahal! S$11.00 untuk tin yang kecil.
den: tapi mahal lagi cincin berlian awak tu kan...?
dia: tak ada lah...
den: berlian 'solitaire cut, about 2 carat' dari Tiffany kan?
dia: tau aja..
den: harganya pasti mencecah S$50,000.00
dia: erm... mana lah kita mampu.
den: jangan bohong kakak..

Khamis, 21 Februari 2008

20.02

dah terpampang notis.


memang ajal maut di tangan Tuhan tapi sendiri mau ingat.

Rabu, 20 Februari 2008

19.02

jangan terlalu bergantung harapan pada orang lain.


niat, kerja keras, kesungguhan dan kesabaran seharusnya berada di genggaman tanganmu.

18.02

tersiksa.


tersiksa badan boleh diubati.
tersiksa jiwa? siapa mahu jawab?

Isnin, 18 Februari 2008

17.02

pinggan mangkuk, sudu garpu.


alat digunakan untuk makan.
tapi tak guna, kalau malas ringankan tangan.
laparlah kamu. hendak makan di suap ke?

16.02

petak dam.


kalau bijak pandai menang.
kalau tidak memadai kalah.
macam hidup juga.

Sabtu, 16 Februari 2008

15.02

air sebaldi buat mandi.


boleh bersihkan badan tapi tetap tak boleh membersih dosa.

Jumaat, 15 Februari 2008

14.02

empuk dan selesa.


masih juga berembun. masih juga bergadang.
perlu ke setiap malam?

Khamis, 14 Februari 2008

13.02

tak perlu bijak hendak menjadi orang pandai.


biar tak pandai tapi jangan memandai-mandai.

ada kepala tak ada otak itu bukan manusia.
ada kepala ada otak tapi tak pakai itu orang malas.
ada kepala ada otak tapi tak berakal itu orang gila.
ada kepala ada otak tapi tak guna akal itu orang bodoh.

Rabu, 13 Februari 2008

12.02

berbuah di dahan.


kalau tak disemai dengan kesungguhan dan kesabaran, musnahlah ia.
seperti juga alam rumah tangga.

Selasa, 12 Februari 2008

11.02

sila gunakan tali pinggang keledar.


ada yang tak faham kegunaannya. ada yang tahu tapi tak endahkan kegunaannya. lantak lah. jangan dah hilang nyawa baru nak merengek.

10.02

bulan diatas.


sangat jauh. bagai kamu yang dekat di sisiku. adakah kamu sedar?

Ahad, 10 Februari 2008

09.02

cincin yang menjadi tanda. satunya kami.


bukan 'cincin nikah' atau 'cincin tunang'.
hanya 'cincin bersatu'. murah saja, beli di City Square JB.
beli satu dapat satu percuma. RM$30.00 sahaja. perak 925.

Sabtu, 9 Februari 2008

08.02

manis-manis gula.


manis lagi hidup dengan mu. kemanisan yang kita lalui akan sukar tanpa telingkah, cemburu dan salah faham. kerana di hujungnya kita dapat meraih dan memetik bibit dan buah kemanisan. tapi itu semua perlu sabar. sungguh manis sekali.

Jumaat, 8 Februari 2008

07.02

banyak kedai yang tutup kerana musim cuti.


tapi ramai yang masih yang mahu belanja. banyak duitnya. aku pun tak kurang beza tapi bukan banyak duitnya hanya banyak belanjanya.

Khamis, 7 Februari 2008

06.02

Gong Xi Fa Cai!


selamat menyambut Tahun Baru Cina. giliran si tikus.

Rabu, 6 Februari 2008

05.02

wahai pelawat.


masa lawatan sudah habis. mari balik. jangan nak ungkit hal tuan rumah. kita berterima kasih saja.

04.02

aku ikhlas untuk semua ini.




tapi sekarang menjadi perang.
peperangan dingin. tak perlu itu semua.

03.02

dulu tak ada patung ninja dan mainan helikopter.


di rumah Kanda. di Kajang.

02.02

nikah sudah kini bersanding.


selamat pengantin baru. semoga kekal ke anak cucu.

Ning Baizura & Omar Sharif

01.02

buah tangan si bunga telur. yang ini satu biji.


seribu empat ratus sembilan puluh sembilan lagi perlu siap.

Jumaat, 1 Februari 2008

31.01

silakan minum secangkir kopi dan makan semangkuk puding.


selamat datang ke Balai Nekmat. kerja sedang menanti.

30.01

anak.


di jaga baik. tumbuh nya baik. akalnya baik.