Sabtu, 20 Disember 2008

19.12

luas dada langit.


emak pernah berkata: "pi, kau jangan suka marah-marah... kalau engkau marah kau lihat ke dada langit"

aku menjawab kata-kata emak: "ada apa dengan langit tu?"

emak jelaskan: "Allah Maha Pencipta dan di-ciptakan dada langit tu luas terbentang"

aku cela: "iya'lah... dah tentu mak"

emak menjelaskan lebih lanjut: "baguslah kalau engkau tahu..." (diam) "seluas-luas dada langit, luaskan hati engkau juga"

aku mencela selamba: "buat apa?"

emak lanjutkan lagi: "luaskan kesabaran dalam hati engkau... kerana kau tak boleh atasi besarnya kuasa Allah yang juga Maha Pengampun"

aku diam sejenak sambil menoleh dan memandang wajah emak aku. emak aku hanya tersenyum, senyum yang menyejuk'kan hati aku.

dalam hati aku berbisik: "Insya' Allah..."

aku jadi takut akan kebesaran Allah S.W.T, aku jadi gerun untuk berasa marah, apatah lagi berdendam. aku belajar untuk memaafkan orang lain.

aku bukan jenis pendendam tapi bila aku marah... biarkan aku seketika, biarkan aku lihat ke dada langit. kerana disitu tercatit pesan emak.

Tiada ulasan: