Sabtu, 31 Oktober 2009

30.10

eh gerimis...


kau datang salah waktu.

sekarang aku di-jalan ke tempat kerja.

Jumaat, 30 Oktober 2009

29.10

kerat.


kalau susah nak kasi orang faham.
jelaskan dan terangkan satu-satu.

masalah sebesar mana harus di-kerat satu-satu.

Khamis, 29 Oktober 2009

28.10

cemar...


kau cemar bangsa aku.
untung tak cemar nama aku.

Rabu, 28 Oktober 2009

27.10

kith cafe.


aku nak datang lagi...
aku nak pergi lagi...

Selasa, 27 Oktober 2009

26.10

buku baru...


akan di-isi dengan cerita
yang sama atau lama,
atau mungkin cerita baru
- tentang tamu.

Isnin, 26 Oktober 2009

25.10

K09


bilik pusat peranginan untuk berihat.
tapi yang lucu bila melihat orang "naik angin"...
kerana yang tak ada angin tak ada ribut,
dia yang patah jejari kaki.

Ahad, 25 Oktober 2009

24.10

seronok pagi hari...


terasa seronok.
seronok untuk pulang.
seronok untuk tidur.
seronok hari ini tak kerja
dan nanti malam,
boleh seronok dengan kawan-kawan.

tapi pagi ini memang seronok.

Sabtu, 24 Oktober 2009

23.10

tabung


99sen tanpa 1sen tak boleh jadi 1dolar.

22.10

T&Z


aku rindu dia - sangat rindu.

T&Z

Khamis, 22 Oktober 2009

21.10

kurang sihat.


aku kurang sihat,
kena bawa beristirihat.

kata doktor...

Rabu, 21 Oktober 2009

20.10

dah pandai masak...


tapi ini bilik hotel bukan dapur.

bahaya tu!

Selasa, 20 Oktober 2009

19.10

malam yang tenang...


angin berhembus menyapa rindu.
"kalau-lah dia ada disini..."

kalau hanya dia tahu aku disini
berangan-angan berjalan bersama,
di pinggir sungai, di malam yang tenang.

Isnin, 19 Oktober 2009

18.10

mandi tak basah...


la... patutlah.

tak buka air pun...

Ahad, 18 Oktober 2009

17.10

Dinulhayat


putra pertama adik lelaki aku.

mereka-mereka tak sabar nak tunggu giliran aku.
macam mana?
belum kahwin...

Sabtu, 17 Oktober 2009

16.10

jaga kepala...


tak cukup untuk kau,
kena jaga mulut juga.

sekian.

Jumaat, 16 Oktober 2009

15.10

jenama.


beza hanya pada jenama.
yang lain-nya tetap sama.

tapi macam aku dengan dia.
semua-nya tetap berbeza.

Khamis, 15 Oktober 2009

14.10

aprikot atau pala?


tak kisahlah...
yang penting gambar aku menjadi.

Rabu, 14 Oktober 2009

13.10

permata.


aku permata hati ramai orang,
tapi bukan lagi setelah dewasa.

tapi fikiran aku tak kusam,
kerana masing-masing,
antara mereka tetap permata hati aku.

Selasa, 13 Oktober 2009

12.10

remuk.


remuk hati aku melihat kemek wajah kamu.

Isnin, 12 Oktober 2009

11.10

habis manis...


habis manis...

habislah! apa lagi nak kata?

Ahad, 11 Oktober 2009

10.10

daging


aku pemakan sayuran.

tapi aku makan daging,
hanya di bulan Syawal.

selepas itu balik latihan,
aku pemakan sayuran.

aku punya pasal-lah!

Sabtu, 10 Oktober 2009

09.10

bermandi cahaya...


bermandi cahaya sana-sini.
bukan lagi kerana Aidilfitri,
tak lama lagi Deepavali.

Jumaat, 9 Oktober 2009

08.10

jangan sentuh - terimakasih.


tak paham ke?

jangan sentuh! sibuk betul lah kau ni...

Khamis, 8 Oktober 2009

07.10

labah-labah.


merayau anak labah-labah,
turun naik main di tembok.

engkau jangan nak tunjuk gagah,
silap hari bulan kau ku tumbuk.

Rabu, 7 Oktober 2009

06.10

selesai ke?


belum, ada satu rumah lagi.
masih nak jalan beraya?

wajib.

Selasa, 6 Oktober 2009

05.10

jalan-jalan beraya.


seronok, sampai hari ini terasa.

Isnin, 5 Oktober 2009

04.09

sambal...


sibuk buat sambal.
anaknya nak makan.

terimakasih Mama Maria.

Ahad, 4 Oktober 2009

03.09

pesta kuih bulan


main suka-suka pesta kuih bulan.
kalau aku menang bukan aku makan.

Sabtu, 3 Oktober 2009

02.10

Hari Batik.


Indonesia mengistihar-kan.
pada tanggal 2 Oktober,
pada setiap tahun adalah Hari Batik.

Jumaat, 2 Oktober 2009

01.10

satu dua lilin.


satu lilin boleh menerangi sekitar kamar.

apa beza dua lilin?
memang boleh lebih menerangi sekitar kamar.

tapi tetap tak boleh menghangatkan perasaan.

tanpa senyum-mu atau lirik mata-mu.

Khamis, 1 Oktober 2009

30.09

35


selamat ulangtahun aku!