Sabtu, 31 Mei 2008

30.05

tidak tahu atau tidak peduli?


macam mana kau boleh ketinggalan?
ini mesti kes tak baca atau dengar berita.

memang tak tahu atau memang tak peduli.

dasar pemalas.

Jumaat, 30 Mei 2008

29.05

miang.


orang tua gatal nak mampus. miang sangat.
sedar diri dan sadarlah sedikit.
kalau boleh, taubat lah!

Khamis, 29 Mei 2008

28.05

pahit.


ku telan pahit.
ku luah sayang.

mana satu pilihan?

Rabu, 28 Mei 2008

27.05

siap bungkus.


Chaini. tembakau dari Nepal.
unik.

Selasa, 27 Mei 2008

26.05

peringkat.


peringkat kehidupan yang paling aku suka bila aku gagal.
bukan kerana aku boleh menyerah bulat-bulat.

tetapi untuk mencabar diri aku sendiri supaya bangkit kembali.
susun kembali untuk mencapai peringkat yang teratas dan termampu.

Isnin, 26 Mei 2008

25.05

penjaga pintu.


orang seberang bilang "pejaga pintu".
tak kisahlah.

tapi bisakah mampu kita menjaga pintu nurani kita?
aku kemungkinan, mudah-mudahan.

Ahad, 25 Mei 2008

24.05

ada orang jauh nak datang.


kata nenek bila kita lihat pepatong di dalam rumah, kita akan bertemu kenalan yang tinggal jauh.

betul cakap nenek.
aku dapat berjumpa seorang teman lama.
bertugas sebagai 'odontologist'.
aku cerita tentang pepatong yang aku jumpa dirumah.

dia seorang pakar gigi, menjawab dengan selamba.
pepatong juga dinamakan seperti berikut.

nandong
nandung
sibor-sibor
sibur-sibur
patong-patong

matilah aku hendak menghafalnya.

Sabtu, 24 Mei 2008

23.05

dia 24.


10 tahun perbezaan.

masih kami mencari penyesuaian.
masih kami mendapatkan kesefahaman.

kami masih selesa.
aku 34.

Jumaat, 23 Mei 2008

22.05

untuk menjaga harta benda.


sila gunakan gembok untuk menjaga barang-barang anda.
saya kata gunakan dan kunci bukan gantung buat perhiasan.

tak serik lagi?

Khamis, 22 Mei 2008

21.05

sambil minum kopi.


aku menjadi marah, di tanya berulang.
maafkan aku kerana menjadi marah.
aku tahu niat kamu baik.
tapi jangan tanya aku berulang lagi.

Rabu, 21 Mei 2008

20.05

habis.


dah habis?
siapa nak ganti yang baru?
bukan aku tak mahu tapi aku tak gunakan.

nasib baik kau cakap pasal gula.
kalau tisu tandas?
pandai-pandai engkaulah.

Selasa, 20 Mei 2008

19.05

mulut tempayan.


boleh kau tutup, boleh kau telungkup.

mulut orang. ini ada susah sikit.

Isnin, 19 Mei 2008

18.05

bayang.


belum sampai lagi, bayang pun tak nampak.
tak mengapa aku tetap tunggu.

teruja nak berjumpa mereka berdua.

Ahad, 18 Mei 2008

17.05

langit.


berangkat sewaktu langit pagi.
tiba seketika langit senja.

selamat datang teman.
aku gembira berteman.

Sabtu, 17 Mei 2008

16.05

selindung.


apakah kamu?
apakah itu?
apakah dia?
apakah ia?

aku sendiri tak boleh menjawab kerna segalanya terselindung.

Jumaat, 16 Mei 2008

15.05

Rupiah 5000

RGS294072
tercatat:

"bagi yang menemukan/mendapatkan tolong dikembalikan kepada bank karna uang ini milik bank negara Indonesia. dikarenakan uang ini adalah uang langka yang dicuri oleh maling hubungi 085668448188 segara"

ada-ada saja.

Khamis, 15 Mei 2008

14.05

0920wib


aku bangkit dari tidur.
aku mandi.
aku lihat dia masih tidur.
aku tidur lagi.

Rabu, 14 Mei 2008

13.05

karnival.


semacam ada karnival.
tapi aku salah.

rupanya persiapan untuk acara Vesak yang menjelang datang.

Selasa, 13 Mei 2008

12.05

naik turun.


nasib bagai saham.
ada rugi membawa keuntungan.
ada untung mengundang rugi.

yang penting jangan tergadai, maruah.

Isnin, 12 Mei 2008

11.05

tunggal.


arwah emak tak pernah merungut tentang nasibnya.
menjadi ibu tunggal, mengalah biasa.

memberi makan. berkongsi ilmu mendidik.
memberi nasihat. tak pernah mengherdik.

arwah emak tak pernah bersungut.
dia lebih arif apa yang patut.

jangan berdendam kata arwah emak, tak baik.

cuba arwah abah waktu itu tahu, isi hati arwah emak
dan lebih sayangkan arwah emak sedikit lebih.
mungkin kami punya potret keluarga bahagia sekarang ini,
tergantung di tembok bisu.

apapun. itu kisah tahun 1977.

hari ini, Selamat Hari Ibu.

Ahad, 11 Mei 2008

10.05

pinggir.


jangan buat begitu. aku tetap begini.
walau aku di pinggir. aku tahu kau alpa.
itu dunia mu. tapi sekali-kali bangun dan sadar.

Sabtu, 10 Mei 2008

09.05

liar.


bunga ini dulu dipandang liar.
tapi lihat sekarang. ia megah.
menawan mata, menawan hati.

Jumaat, 9 Mei 2008

08.05

bakso.


antara hidangan yang paling mudah didapati di Indonesia.
di rata-rata tempat dan kawasan ada menjualnya.
aku suka Bakso Tenis, dibubuh kurang sambal.
semangkuk belum tentu puas.

Khamis, 8 Mei 2008

07.05

selepas makan malam.


aku teringat cerita lucu.
sewaktu aku dan Adelina makan malam di Khansama.
ayat yang membuat kami ketawa dan terpahat, 'raincoat'.
ia menjadi gelak besar.
biarlah aku dan Adelina sahaja yang tahu.
sampai hari ini aku masih ketawa.
biarpun peristiwa makan malam itu setahun yang lalu.

Rabu, 7 Mei 2008

06.05

batu lesung.


almarhum moyang:"alat pengisar tak boleh buat Sambal Belacan yang sedap"

aku:"pi setuju"

almarhum moyang:"ditumbuk lesung dan dikisar lain rasanya, betul tak?"

aku:"memang betul"

almarhum moyang:"tolong tumbuk cili bawang ni ngan belacan"

aku:"nanti sekejap eh, rasa macam nak buang besar"

almarhum moyang:"ada-ada aja budak ni. makan pandai, aku ketuk ngan lesung ni baru tau"

aku tersengih manja.

Selasa, 6 Mei 2008

05.05

bangunan ini setahun dulu.


entah apa gila?
sudah lebih dari setahun aku mengikuti perkembangan,
bangunan yang sedang siap di bina.

bagi aku ia bagai sejarah yang di rakam hampir setiap hari.
kita tengok hasil siapnya nanti.

Isnin, 5 Mei 2008

04.05

termenung jauh.


aku pulang dia tunggu.
kita jumpa nanti.
jaga diri.

Ahad, 4 Mei 2008

03.05

terkena.


seseorang marah-marah kerana terkena.
aku tak boleh marah pasal tak ada kena-mengena.
hanya jika terjadi pada batang hidung aku akan kenakan balik.

selisih.

kalau ini benar, maka laporkan ke polis.
kalau ini fitnah, maka aku minta maaf.

Sabtu, 3 Mei 2008

02.05

kawanlah!


kita rapat tapi tak terikat.
hanya persahabatan yang terjalin.

dan dia bukan skandal aku.
jangan tanya lagi.
malas nak layan.

Jumaat, 2 Mei 2008

01.05

pelabuhan.


malam aku berangkat dengan hati berat.
maaf sayang bukan malam ini.

kalau dah jodoh tak akan kemana.

Khamis, 1 Mei 2008

30.04

sendiri.


aku seorang dan sendiri,
dalam pelayaran pulang.
tapi di dalam hidup,
aku tak merasa sepi.

malah terasa beruntung,
ditemukan dan memiliki.

dalam pelayaran malam ini,
aku sendiri, itu lebih baik.
kerana aku boleh tidur.
nyenyak tanpa gangguan.