Jumaat, 2 Januari 2009

01.01

langkah ke kehadapan...


tinggalkan bayang-bayang itu.
yang hitam atau pun yang kelam.
yang cerah atau yang terang.

jangan toleh untuk meratap.
jangan toleh untuk berbangga.

kita langkah ke lembaran baru.
jangan peduli, mahu jalan atau berlari.
peluk dan dakap hari baru yang menjelang.
kita langkah ke hadapan...

yang lama itu teladan.
yang baru itu pengalaman.

jangan lupa senyum.

selamat datang 2009!

Tiada ulasan: