Sabtu, 4 April 2009

03.04

perjalanan...


perjalanan dalam bas ini tidaklah lama
tetapi apa yang bermain didalam sudut fikiranku,
melayang begitu jauh...

siang tadi seorang teman kehilangan ninda tersayang,
tak terbayang kalau itu terjadi saat ini buat aku.
tempat aku bergantung manja setelah emak tiada,
nenek yang banyak menguruskan diri aku...
makan-minum, pakaian... maklumlah aku piatu.
memang aku berdikari tetapi masih perlu perhatian.
dimana lagi nak bermanja setelah orangtua tiada?
tapi aku bukan beban dan tak mahu jadi beban.

perjalanan hidup ini mungkin jauh atau entah-entah esok lusa...
aku tak takut kematian atau bimbang kehilangan
tetapi terasa masih banyak yang ingin aku lakukan,
aku belum lagi sempurnakan iman aku, ibadahku,
belum puas menabur budi, belum berbuat jasa dan bakti

perjalanan hidup ini yang belum pasti
semoga semuanya terdaya olehku, insya'Allah...

satu perhentian bas lagi, fikiran ku terhenti...
perjalanan bas ini telah sampai di destinasi.

Tiada ulasan: