Sabtu, 28 Februari 2009

27.02

sepasang kaki


hey kawan!
sepasang kaki siapa itu?

bukan main mesra.
bukan main manja.

tapi itu bukan isteri kamu,
yang aku kenal.

sepasang kaki siapa itu?

bukan main mesra,
sampai tak nampak kita.
bukan main manja,
sampai tak ingat dunia.

sepasang kaki siapa itu?

bukan main mesra,
tak mungkin anak kamu,
yang sebesar itu.
bukan main manja,
tak mungkin anak kamu,
mahu dicium begitu.

sepasang kaki siapa itu?

Tiada ulasan: