Ahad, 7 Disember 2008

06.12

makan lewat malam..


kami makan lewat malam,
tak jauh dari pawagam.

berbincang apa yang baru kami tonton.
menjadi pengkritik bukan sekadar penonton.

mengupas apa yang menarik.
meneliti apa yang kami tertarik.

tapi sayang pagi nanti mereka pulang,
bukannya aku ditinggal seorang.

makan lewat malam selepas menonton cerita,
itu nanti yang akan tiada pastinya.

tak sabar untuk lain kali,
mudahan kami berjumpa lagi...

Tiada ulasan: