fikiran sopi
aku menulis, bukan berkarya. maaf jika ia kurang menyenangkan. tulisan sopi adalah fikiran sopi.
Ahad, 31 Mei 2009
30.05
bunga pahar...
bunga pahar bunga telur
hadiah buat hadirin semua
di-ikat kasih diselang jujur
bagai pinang di belah dua.
tahniah buat Zul & Yaya
Selamat Pengantin Baru
Sabtu, 30 Mei 2009
29.05
bayang-bayang.
bayang-bayang di tembok itu.
bagai janjinya yang tak tertunai.
sayang-sayang di waktu itu.
tapi janjinya tetap tak tunai.
Jumaat, 29 Mei 2009
28.05
lihat jiranku...
minggu lalu ku lihat jiranku,
hari ini tak nampak pula.
tak kenal nama hanyalah muka,
teringat selalu mesra senyumnya.
rupa-rupanya ku tak tahu,
hari kelmarin dia sudah tiada.
dirumahnya sering pintu terbuka,
tapi kini tutup selamanya.
"Rest In Peace"
Khamis, 28 Mei 2009
27.05
bersatu teguh.
bersatu teguh.
bercerai roboh.
bersatu kukuh
berpisah rapuh.
harusnya, adat berkawan...
Rabu, 27 Mei 2009
26.05
1:30PM
nota untuk aku.
jam 1:30PM
aku yang baru bangun tidur.
sangat bertimbang rasa.
Selasa, 26 Mei 2009
25.05
celah...
dari celah-celah awan dia bangkit.
suria di langit itu di panggil pagi.
Isnin, 25 Mei 2009
24.05
tumpang kasih...
dia teman aku, punya pacar.
dia juga teman aku punya istri.
mereka kelihatan mesra malam itu.
seakan mereka telah lama begitu,
tidak - aku tidak cemburu.
berat mata berat lagi bahu.
mereka memerlukan pasangan sedia ada.
tampangnya mereka pasangan segera.
mesra dan berpelukan, menumpang kasih...
dan padahal mereka bukan sepasang kekasih
dikala pacarnya jauh,
diwaktu istrinya jauh.
aku hanya bisa tumpang senyum.
Ahad, 24 Mei 2009
23.05
kupu-kupu malam.
tak tertakluk hanya pada wanita.
lelaki itu juga telah menjadi kupu-kupu malam.
Sabtu, 23 Mei 2009
22.05
bujang.
hidup bujang.
siap sendiri,
masak sendiri,
makan sendiri,
bersih sendiri,
basuh sendiri...
jauh dari ibu, kakak, adik perempuan mungkin isteri.
sebenarnya ia mengajar mereka berdikari.
Jumaat, 22 Mei 2009
21.05
yang putih...
yang putih awan bagai kapas.
masih ada beza warna putihnya.
yang pulih, kematian terlepas,
tak bearti lepas azab kuburnya.
Catatan Terbaru
Catatan Lama
Laman utama
Langgan:
Catatan (Atom)
Yang Membaca
Yang Menulis
sopi
Singapore, Central CDC, Singapore
aku tulis sekadar suka-suka bukan hobi.
Lihat profil lengkap saya
Yang Didengar
Ren-Tak Oonik (Istimewa) 320 - Najip Ali
Yang Tertulis
▼
2010
(1)
▼
Januari
(1)
31.12
►
2009
(363)
►
Disember
(31)
►
November
(30)
►
Oktober
(31)
►
September
(30)
►
Ogos
(31)
►
Julai
(29)
►
Jun
(30)
►
Mei
(31)
►
April
(30)
►
Mac
(31)
►
Februari
(28)
►
Januari
(31)
►
2008
(357)
►
Disember
(31)
►
November
(30)
►
Oktober
(31)
►
September
(30)
►
Ogos
(31)
►
Julai
(31)
►
Jun
(30)
►
Mei
(31)
►
April
(30)
►
Mac
(32)
►
Februari
(30)
►
Januari
(20)