Sabtu, 31 Mei 2008

30.05

tidak tahu atau tidak peduli?


macam mana kau boleh ketinggalan?
ini mesti kes tak baca atau dengar berita.

memang tak tahu atau memang tak peduli.

dasar pemalas.

Jumaat, 30 Mei 2008

29.05

miang.


orang tua gatal nak mampus. miang sangat.
sedar diri dan sadarlah sedikit.
kalau boleh, taubat lah!

Khamis, 29 Mei 2008

28.05

pahit.


ku telan pahit.
ku luah sayang.

mana satu pilihan?

Rabu, 28 Mei 2008

27.05

siap bungkus.


Chaini. tembakau dari Nepal.
unik.

Selasa, 27 Mei 2008

26.05

peringkat.


peringkat kehidupan yang paling aku suka bila aku gagal.
bukan kerana aku boleh menyerah bulat-bulat.

tetapi untuk mencabar diri aku sendiri supaya bangkit kembali.
susun kembali untuk mencapai peringkat yang teratas dan termampu.

Isnin, 26 Mei 2008

25.05

penjaga pintu.


orang seberang bilang "pejaga pintu".
tak kisahlah.

tapi bisakah mampu kita menjaga pintu nurani kita?
aku kemungkinan, mudah-mudahan.

Ahad, 25 Mei 2008

24.05

ada orang jauh nak datang.


kata nenek bila kita lihat pepatong di dalam rumah, kita akan bertemu kenalan yang tinggal jauh.

betul cakap nenek.
aku dapat berjumpa seorang teman lama.
bertugas sebagai 'odontologist'.
aku cerita tentang pepatong yang aku jumpa dirumah.

dia seorang pakar gigi, menjawab dengan selamba.
pepatong juga dinamakan seperti berikut.

nandong
nandung
sibor-sibor
sibur-sibur
patong-patong

matilah aku hendak menghafalnya.

Sabtu, 24 Mei 2008

23.05

dia 24.


10 tahun perbezaan.

masih kami mencari penyesuaian.
masih kami mendapatkan kesefahaman.

kami masih selesa.
aku 34.

Jumaat, 23 Mei 2008

22.05

untuk menjaga harta benda.


sila gunakan gembok untuk menjaga barang-barang anda.
saya kata gunakan dan kunci bukan gantung buat perhiasan.

tak serik lagi?

Khamis, 22 Mei 2008

21.05

sambil minum kopi.


aku menjadi marah, di tanya berulang.
maafkan aku kerana menjadi marah.
aku tahu niat kamu baik.
tapi jangan tanya aku berulang lagi.