Jumaat, 10 Oktober 2008

09.10

yang mana punya kamu?


aku yakin ketiga-tiga tuala itu punya aku.
kenapa kau pakai tak minta izin?
pandai-pandai sangat.

kalau celana dalam aku, kau mahu juga?
nak mampus?

Khamis, 9 Oktober 2008

08.10

Bistro & Bar


telah dibuka, tahniah Encik McGettigan!
ada daging buaya dan kangaroo?

Boomarang Bistro & Bar
60 Robertson Quay #01-15
The Quayside, Singapore 238252
Tel: +65 6738 1077
Jam Operasi: 0800hrs - 0300hrs (Setiap Hari)

Rabu, 8 Oktober 2008

07.10

beca.


naik beca dari pasar Geylang Serai ke Jalan Keladi.
kenangan manis sewaktu kanak-kanak.

aku akan duduk di lantai beca, setiap kali
sambil memegang mainan baru di-beli
setiap kali pulang dari pasar ke Jalan Keladi.

aku rindu semua itu.
aku rindu di-manja begitu.
aku rindu arwah moyangku.

Al-Fateha buat Kamisah Binte Harun.
moyang (jujuk) kesayangan kami..

Selasa, 7 Oktober 2008

06.10

senja di dermaga


aku pergi aku jemput
dia datang dia ikut.

hari senja di dermaga
malam akan tiba.

aku tak akan berasa sepi lagi
kerna dia akan hadir setiap hari
harapan bahagia dinikmati
bagai terbit sang matahari

mudahan membuat tawa bukan duka
mudahan memberi aku gembira bukan airmata

akan ku lakukan yang terbaik buat kita
walaupun di senja itu di atas dermaga
aku tidak menjanjikan apa-apa
selamat datang sayang bawalah cinta

Isnin, 6 Oktober 2008

05.10

minggu lengang..


aku menikmati udara bersih,
tanpa debu atau asap kenderaan.
hari minggu yang lengang.

Ahad, 5 Oktober 2008

04.10

seberang..


teman dari Pakistan ingin datang kemari,
saudara dari Australia ingin menziarahi,
teman dari Indonesia ingin bercuti kesini,
kawan dari Nepal ingin tinggal di sini

aku bila nak ke seberang?

Sabtu, 4 Oktober 2008

03.10

Ferrari.


memang cantik kereta itu,
memang tak terjangkau dek anganku.
memang mahal harga sebiji kereta,
memang tak mampu nak milikinya.

"untuk tuan punya kereta,
ini tempat bukan bapa kau punya"

tolong pindahkan!

Jumaat, 3 Oktober 2008

02.10

patah sayap.


kasihan kawan,
bagai patah sayap.

pesan aku, jangan patah semangat.

Khamis, 2 Oktober 2008

01.10

semalam, waktu malam raya..


waktu berbuka puasa,
tak terbendung airmata,
mengalir waktu takbir bergema di radio
dan tangan masih menyuap lontong dan sambal goreng.

semakin malam,
hujan turun dengan lebatnya.
aku makin rindu,
dengan emak, dengan abah.
juga, orang-orang yang telah mendahului kita.

syahdu, pilu, seronok dan gembira berbaur menjadi satu.

Salam Lebaran Minal Aidil Walfaidzin!

Rabu, 1 Oktober 2008

30.09

34.


itu umur aku hari ini.
seakan aku rasa,
seperti ingin memeluk
semua orang di dunia ini,
dan berterima kasih.

34 tahun lamanya kewujudan ku.