apa yang ingin kau tunjukkan? jika semua kau ambil kembali dan sembunyikan. parah lagi bila kau buang dan humbankan segalanya. hilang tak nampak di mata.
paparan apa yang ingin kau tunjukkan? aku tetap meneliti dari jauh.
aku masih ketawa. pada kawan yang menghilai. ternampak bulan penuh, dan aku rasa dia juga bisa lihat di sana. tapi dia masih tidur kerana baru melewati subuh.
aku rindu sangat dengan dia. biarpun aku lagi ketawa kerana kawan yang menghilai. di bawah bulan penuh, dan sepatutnya aku juga harus tidur atau baru bangkit kerana hari subuh.